Anwar tiba di Singapura untuk lawatan kerja sehari

Politics
13 Sep 2023 • 10:57 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

SINGAPURA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Singapura hari ini untuk lawatan kerja sehari yang padat.

Pesawat membawa Perdana Menteri yang diiringi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendarat di Kompleks VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada 10.30 pagi.

Beliau disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.

Kementerian Luar republik itu hari ini memaklumkan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan isterinya akan menjadi hos kepada Anwar dan Dr Wan Azizah pada majlis minum petang.

Kali pertama lawatan Anwar sebagai Perdana Menteri ke negara itu adalah pada Januari lepas.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berada di Singapura untuk menyertai dua sesi khas pada Sidang Kemuncak Asia ke-10 Milken Institute.

Sesi satu jam pertama iaitu A Conversation with the Prime Minister of Malaysia akan dikendalikan oleh pengacara dan ketua koresponden antarabangsa untuk Asia Tenggara, Bloomberg Haslinda Amin.

Kemudian, diikuti dengan sesi 45 minit lagi, Malaysia’s Investment Outlook: A Conversation between YAB Prime Minister and Global Investors dengan Pengerusi Asia Milken Institute Robin Hu sebagai moderator.

Badan pemikir Milken Institute yang berpangkalan di California merupakan badan bukan berasaskan keuntungan dan tidak berpihak, menumpukan kepada mempercepatkan kemajuan untuk kehidupan yang bermakna. - 13 September, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved