Anwar-Tokoh Islam Kerala Bertemu Bincang Isu Agama

Politics
21 Jun 2022 • 12:18 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar dan Sayyid Munavvar berjumpa di pejabatnyua. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan tokoh Islam dari Kerala, India, Sayyid Munavvar Ali Shihab.

Pertemuan itu difahamkan berlangsung di pejabat Anwar semalam.

Kedua-dua tokoh berkenaan berkongsi pandangan terkait isu semasa di rantau ini, termasuk membabitkan umat Islam di India.

Anwar berkata, Sayyid Munavvar Ali adalah Presiden Muslim Youth League Kerala dan pejuang rakyat.

“Beliau adalah Presiden Muslim Youth League Kerala dan juga pejuang rakyat yang sangat menekankan peri penting keharmonian di antara kaum terutamanya di India.

“Dia juga adalah seorang penulis, selain sebagai aktivis dan pernah menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA),” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. - Getaran, 21 Jun 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved