Anwar Ucap Selamat Hari Lahir Kepada Ramos-Horta

LocalPolitics
26 Dec 2025 • 7:53 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan ucapan selamat hari lahir kepada Presiden Timor-Leste Dr Jose Ramos-Horta yang genap berusia 76 tahun.

Menerusi hantaran di media sosial, Anwar menzahirkan harapan agar tahun mendatang membawa kesihatan yang baik, kejayaan serta kebijaksanaan dalam kepimpinan kepada Ramos-Horta.

"Selamat hari lahir kepada sahabat saya, Presiden Dr Jose Ramos-Horta dari Timor-Leste. Malaysia amat menghargai persahabatan erat serta kerjasama strategik dengan negara itu, khususnya dalam memperkukuh hubungan dalam ASEAN," menurut hantaran berkenaan.

Perdana Menteri turut berharap hubungan antara Malaysia dan Timor-Leste akan terus berkembang demi kesejahteraan kedua-dua negara serta menyumbang secara positif kepada kemakmuran serantau.

Ramos-Horta, yang dilahirkan pada 26 Disember 1949 di Dili, merupakan penerima Hadiah Keamanan Nobel dan memainkan peranan penting dalam perjuangan kemerdekaan serta pembinaan negara Timor-Leste.

Timor-Leste secara rasmi diterima sebagai anggota ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di bawah Kepengerusian Malaysia pada Oktober lepas. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved