Anwar Ucap Tahniah, Undang PM Baharu Singapura Ke Malaysia

Politics
17 May 2024 • 12:04 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah atas perlantikan Perdana Menteri baharu Singapura, Lawrence Wong sekali gus menjemput beliau melawat Malaysia.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Anwar memuat naik satu hantaran di akaun Facebook miliknya mengucapkan sekalung tahniah kepada Lawrence Wong di atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri baharu Singapura.

image is not available

Foto: FB Anwar Ibrahim

“Saya sempat sampaikan perkara tersebut menerusi panggilan telefon kepadanya hari ini sambil menyampaikan jemputan kepadanya untuk melawat Malaysia secepat mungkin,” katanya.

Beliau juga berkata, mereka senada untuk memberikan komitmen dan bekerjasama rapat selain meneruskan perbincangan mengenai perkara yang mempunyai kepentingan bersama antara kedua-dua negara.

Sementara itu, Anwar turut mengucapkan tahniah di atas kemenangan pilihanraya calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao kerana berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selepas menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan majoriti 3,869 undi.

image is not available

Foto: forums.hardwarezone.com.sg

Upacara angkat sumpah bagi penggantian perdana menteri itu telah berlangsung sekitar jam 8 petang di Istana Singapura pada 15 Mei lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved