Anwar ucap takziah kepada keluarga MB Perak

11 Jan 2023 • 3:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Saarani atas pemergian ibunya, Aminah Mohd Yusuf. - Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Datuk Seri Saarani Mohamad atas pemergian ibu Menteri Besar Perak itu, Aminah Mohd Yusuf.

"Saya turut berduka dan mendoakan semoga ALLAH SWT ampuni rohnya dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya menerusi catatan di laman Facebook rasmi beliau pada Rabu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua pada usia 79 tahun di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Jalan Raja Dihilir, Ipoh, kira-kira 11.15 malam Selasa.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Raban, Lenggong, Perak kira-kira 11.30 pagi tadi.

Aminah meninggalkan sembilan orang anak termasuk Saarani yang merupakan anak sulung. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved