Anwar Umum 5 Pakar Profesional, Ekonomi Anggotai Badan Penasihat Khas

LocalPolitics
7 Feb 2023 • 9:17 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim (kanan) bergambar bersama Hassan Marican, yang merupakan salah seorang anggota badan penasihat khas bagi membantu menasihati Menteri Kewangan. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Lima individu dilantik menganggotai badan penasihat khas ditubuhkan kerajaan bagi membantu menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan.

Perdana Menteri berkata, mereka terdiri daripada golongan profesional dan pakar ekonomi yang akan diketuai Penasihat Petronas, Tan Sri Hassan Marican.

“Selain Tan Sri Hassan, badan penasihat khas ini akan dianggotai Pengerusi Eksekutif FVSB, Datuk Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Profesor Dr Yeah Kim Leng; Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Datuk Profesor Ulung Rajah Rasiah dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.

“Saya mengulangi pendirian bahawa badan penasihat khas dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, pada 2 Disember lalu, media melaporkan bahawa Anwar memaklumkan beliau akan melantik beberapa penasihat khas, bagi membantu urusan kerajaan, terutama di Kementerian Kewangan. 

Katanya, penasihat itu tidak akan mengambil upah dengan ia diketuai Hassan. – Getaran, 7 Februari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved