Anwar undang cucu Mahatma Gandhi berkunjung ke Malaysia tahun depan

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 12:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Anwar undang cucu Mahatma Gandhi berkunjung ke Malaysia tahun depan
Anwar mengadakan perbualan telefon dengan Rajmohan Gandhi, yang juga sejarawan dan cucu kepada Mahatma Gandhi. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang sejarawan India, Rajmohan Gandhi untuk berkunjung ke Malaysia pada suku pertama tahun depan bagi menyampaikan syarahan dan berkongsi pandangan mengenai demokrasi, keamanan dan keharmonian.

Anwar menerusi hantaran di laman Facebook berkata, undangan itu disampaikan beliau semasa perbualan telefon dengan Rajmohan yang juga merupakan cucu kepada Mahatma Gandhi.

Menerusi perbualan telefon itu, beliau berkata, kedua-dua mereka mengimbau kembali pertemuan semasa persidangan mengenai demokrasi di Asia yang dianjurkan Rajmohan di Mumbai pada 2012.

"Saya turut mengundang beliau berkunjung ke Malaysia pada suku pertama tahun depan untuk menyampaikan syarahan dan berkongsi pandangan mengenai demokrasi, keamanan, keharmonian serta kepimpinan berteraskan nilai bersama para ilmuwan, mahasiswa dan pemimpin masyarakat,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata, mereka turut bertukar-tukar pandangan terkait usaha memperkukuh hubungan sejarah dan ketamadunan Malaysia-India melalui kerjasama akademik, intelektual dan dialog antara tamadun.

"Semoga hubungan persahabatan yang telah lama terjalin ini terus diperkukuh,” kata Anwar. - Bernama

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved