Anzalna terharu anak sulung romantik, selalu beri duit suruh ‘shopping’

Family & Parenting
13 Jul 2024 • 9:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selebriti wanita, Anzalna terharu anak sulung, Mohammad Eidrees, 5 sangat romantik apabila tidak pernah gagal membahagiakannya.

Menerusi hantaran Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir, 36 dia bersyukur kerana dikurniakan anak yang cukup penyayang.

image is not available

Anzalna terharu anak sulung romantik, selalu belanja mommy

Mana tidaknya, Eidrees selalu memberikan dia bunga hiasan yang ada dirumah dan kerap ‘membelanja’ ibunya serta memberi duit jika membuka dompet.

“selalu belanja mommy dia. Kalau buka wallet Versace dia selalu bagi I duit suruh shopping walaaupun duit dalam wallet dia tak seberapa,”

“Hahahahaha tapi niat dia yang baik buat I terhari, tapi kadang dia buang duit dia dalam tong sampah! Dia fikir kertas kosong ke apa,” tulisnya.

image is not available

Anzalna terharu anak sulung romantik, tak sabar tunggu besar

Dalam pada itu, Anzalna turut menyatakan dia tidak sabar untuk menanti anaknya membesar kerana tahu dia akan pandai membahagiakan ibunya.

“Walaupun baru berusia 5 tahun tapi boleh berfikir apa yang boleh membahagiakan mommy dia.

“I love you Eidrees! Thank you selalu membahagiakan mommy,” ujarnya lagi.

image is not available

Bersyukur selalu dimanjakan anak2

Hantaran tersebut dibuat oleh pelakon berkenaan bersama dengan qoutes berkenaan anak lelaki dan perempuan yang kedua-duanya merupakan tanggungjawab kepada ibu bapa.

image is not available

Selain daripada Eidrees, Anzalna turut mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Mohamad Emirhan yang kini berusia 2 tahun.

Pelakon tersebut telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Hanif Zaki pada 2016 dan memilih memperlahankan kerjaya seninya demi menguruskan rumah tangga.

Sumber: Instagram anzalnanasir88

View Original Article