“Apa Batak Sangat Heboh Benda Tak Faedah Ni” – Netizen Meluat Imran Aqil & Dahlia Rizal Selalu Kongsi Hal Rumah Tangga

18 Oct 2023 • 10:48 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, sejak pasangan penyampai radio, Imran Aqil dan pempengaruh, Dahlia Rizal mendirikan rumah tangga bersama, mereka sering kali berkongsikan momen-momen manis bersama di media sosial.

Bagaimanapun, nampaknya di laman Twitter (X), ada beberapa netizen meluahkan rasa kurang senang melihat pasangan itu sering bercerita hal rumah tangga kepada pihak media.

Menurut individu yang memuat naik ciapan itu, cerita rumah tangga sebaiknya disimpan sesama sendiri sahaja.

Kebanyakkan netizen yang meninggalkan komen turut bersetuju dengan pendapat individu tersebut dan merasakan jika selalu berkongsi cerita rumah tangga kepada umum, lama kelamaan akan jadi meluat.

image is not available

image is not available 3 weeks ago

"Apa Beria Sangat Ni? Penjilat Ke?" - Warganet Menyampah Dengan Wanita 'Taksub' Nak Suami Macam Imran Aqil