“Apa Benda ‘Blockout’ Ni Pulak? Mazhab Apa Ni? – Aqasha

16 May 2024 • 2:28 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
aqasha

Sejak #BLOCKOUT2024 mula tersebar di Malaysia, makin ramai artis negara kita yang kepanasan. Sekarang, pelakon dan penyanyi, Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Akassya Rosli pula bersuara.

Dalam satu hantaran di Instagram Stroy, Aqasha mempersoalkan tindakan memboikot selebriti yang tidak menunjukkan solidariti kepada Palestin.

Katanya, orang ramai tiada hak untuk mempersoal keputusan orang lain samaada mahu menolong atau tidak.

Kita nak tolong orang, kita tolong. Bila dah tolong, tak usah fikir tentang apakah kita akan ditolong orang? Tak perlu persoal kenapa orang lain tak nak tolong.

Aqasha persoal, adakah apa yang dilakukan ini modus operandi yang sama digunakan Baginda Rasulullah?

Apa benda blockout ni pulak? Mazhab apa ni? Agak-agak Tuhan suka dak perangai kita gini? Tolong orang Palestin tapi hambur jiran sendiri.

Agak-agak ini modus operandi Rasulullah ke? Saja tanya la sebab kalau ini bukan sunnah, ini pasti bid’ah. Kita suka ke bid’ah?

image is not available

Kredit: Aplikasi X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.