‘Apa Benda Tu?’ Serangga ‘Menari’ Atas Katil Buat Netizen Geli, Ramai Samakan Dengan Plankton

11 Jul 2026 • 9:09 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: ‘Apa Benda Tu?’ Serangga ‘Menari’ Atas Katil Buat Netizen Geli, Ramai Samakan Dengan Plankton

KUALA LUMPUR – Satu video memaparkan seekor serangga kecil berdiri tegak sambil bergerak-gerak di atas katil mencuri perhatian ramai selepas dikongsikan di Threads.

Menerusi hantaran tersebut, pemilik video @nissprivt mengakui terkejut apabila serangga itu tiba-tiba muncul di atas katil ketika dia sedang baring.

“Tengah baring tiba ii muncul bende ni atas katil. Sumpahh gelii apeniii, dia menariii narii,” tulisnya.

Video itu pantas menjadi tular dengan meraih lebih 216,000 tontonan, selain menerima sekitar 5,000 tanda suka dan ratusan komen daripada netizen yang rata-rata terhibur melihat gelagat unik serangga berkenaan.

Netizen Terhibur, Samakan Dengan Plankton

Ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi lucu. Ada yang menyangka video itu dirakam di kawasan berbukit kerana serangga tersebut kelihatan seperti objek besar dari jauh, manakala ramai turut menyamakannya dengan watak Plankton daripada kartun SpongeBob SquarePants. Tidak kurang juga yang berseloroh kononnya serangga itu sedang “warming up” sebelum mengejar pemilik video.

Apa Sebenarnya Earwig?

Dalam pada itu, beberapa pengguna mengenal pasti serangga tersebut sebagai earwig, iaitu sejenis serangga daripada ordo Dermaptera. Earwig mudah dikenali melalui sepasang penyepit atau “pincer” di hujung belakang badannya yang digunakan untuk mempertahankan diri, menangkap mangsa kecil serta membantu ketika mengawan.

Walaupun rupa bentuknya agak menggerunkan, earwig sebenarnya tidak berbisa dan tidak berbahaya kepada manusia. Serangga ini tidak menyerang manusia secara agresif, namun boleh mencubit menggunakan penyepitnya jika dipegang atau berasa terancam. Cubitan tersebut lazimnya hanya menyebabkan rasa tidak selesa dan jarang mengakibatkan kecederaan serius.

Earwig biasanya hidup di kawasan yang lembap seperti bawah pasu, celah kayu reput, timbunan daun, kebun dan ladang. Ia keluar pada waktu malam untuk mencari makanan seperti tumbuhan yang mereput, serangga kecil dan bahan organik lain.

Apa pun spesiesnya, aksi serangga kecil itu yang seolah-olah sedang “menari” nyata berjaya menghiburkan netizen sehingga video tersebut terus mendapat perhatian ramai di media sosial. – The Malaysian Update


Sokong TMU

Jika anda menghargai usaha TMU dalam menyampaikan berita, maklumat dan isu semasa yang bermanfaat, anda boleh memberi sokongan secara sukarela.

Sokongan anda membantu kami terus menghasilkan laporan, artikel dan kandungan berkualiti untuk rakyat Malaysia.

Sokong TMU di sini

The post ‘Apa Benda Tu?’ Serangga ‘Menari’ Atas Katil Buat Netizen Geli, Ramai Samakan Dengan Plankton appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved