Apa Berlaku Pada Amira Othman? Fattah Amin Mohon Doa, Kongsi Gambar Dari Hospital

LocalEntertainment
17 Nov 2025 • 8:58 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon popular, Fattah Amin memaklumkan bahawa isterinya, Amira Othman kini sedang menerima rawatan di hospital.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, bintang Pendekar Awang itu berkongsi gambar sebuah katil hospital sambil memohon doa orang ramai untuk kesihatan isterinya.

Advertisement

image is not available

Doakan isteri syurga saya, Amira Othman,” tulis Fattah ringkas dalam perkongsian tersebut.

Bagaimanapun, Fattah tidak menyatakan secara terperinci mengenai punca atau keadaan sebenar yang dialami Amira. Difahamkan, hantaran itu dimuat naik sekitar jam 11 malam.

Ketika dihubungi Gempak, pengurusnya, Acha memaklumkan bahawa Amira dimasukkan ke wad kerana demam. Namun, keadaan terkininya tidak diperincikan dan pihak pengurusan memilih untuk tidak mengulas lanjut.

View this post on Instagram

Untuk rekod, Fattah dan Amira sah bergelar suami isteri pada 14 September lalu dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Golden Palm Tree, Sepang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-11-15 18:39:40

"Nubhan Seorang Abah Yang Baik" - Dr Afifah Tawfek

The post Apa Berlaku Pada Amira Othman? Fattah Amin Mohon Doa, Kongsi Gambar Dari Hospital first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.