
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Klinik atau hospital sering menjadi lokasi tumpuan buat mereka yang sakit dan mahu mendapatkan rawatan.
Kebiasaannya, pesakit yang datang akan diberikan preskripsi ubat atas konsultansi doktor sebaik sahaja rawatan selesai dibuat.
Pasti anda perasan, sesetengah ubat yang diberikan berbeza waktu dan cara pengambilannya.
Ada yang perlu diambil sebelum makan, ada yang selepas malah ada yang perlu diambil bersama makanan. Pernah tak korang terfikir kenapa berbeza cara pengambilannya?
Setiap Ubat Mempunyai Kesan Berbeza Kepada Individu
Memetik laman hospital Mount Elizabeth Singapura, cara dan waktu pengambilan ubat yang berbeza mempunyai kaitan dengan keberkesanan ubat terhadap individu.
Ini kerana kehadiran makanan dalam perut sebenarnya mampu mempengaruhi kesan ubat-ubatan ke atas tubuh manusia.
Berikut antara sebab kenapa ubat diambil pada waktu berbeza:
#1 Ubat Sebelum Makan
Menerusi infografik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pengambilan ubat sebelum makan bertujuan untuk mengelakkan interaksi ubat terhadap makanan yang diambil sehingga boleh mengurangkan keberkesanan atau menyebabkan kesan sampingan.
Ini bermaksud, pengambilan ubat sebelum makan dapat mengurang atau meminimumkan interaksi tersebut.
Selain itu, ia juga meningkatkan penyerapan dan keberkesanan ubat ketika perut kosong yang kebiasaannya diambil sekurang-kurangnya 30 minit sebelum makan.
Contohnya seperti ubat antidiabetic (kencing manis) yang diambil dengan cara sebegitu agar insulin dapat dirembeskan dan glukosa daripada makanan ditukar menjadi tenaga.
Antara makanan yang boleh mengurangkan keberkesanan ubat jika diambil bersama adalah seperti produk tenusu atau produk tinggi kalsium yang boleh mengurangkan penyerapan sekali gus menurunkan keberkesanan ubat antibiotik seperti doxycycline, levofloxacin dan ciprofloxacin.
#2 Ubat Selepas Makan
Kebanyakan ubat disarankan oleh ahli farmasi untuk diambil selepas makan. Ia bertujuan bagi mengelakkan daripada berlakunya iritasi pada perut contohnya seperti pengambilan ubat tahan sakit atau ubat cair darah.
Ini kerana ada ubat yang boleh memberi kesan seperti sakit perut, loya atau muntah jika diambil dalam keadaan perut kosong.
Mengambil ubat selepas makan membantu melapik dinding perut sekaligus mengurangkan kesan tersebut.
Malah, pengambilan ubat selepas makan juga membantu meningkatkan penyerapan dengan lebih cepat jika ia dimakan dengan kehadiran makanan contohnya seperti ubat Ritonavir (ubat HIV) dan Multivitamin.

#3 Ubat Sebelum Atau Selepas Makan
Korang perasan tak ada ubat yang boleh diambil sebelum atau selepas makan.
Ini kerana makanan tidak mempengaruhi penyerapannya malah tidak meninggalkan kesan iritasi kepada perut.
Contoh ubat yang boleh diambil sama ada sebelum atau selepas makan adalah seperti Paracetamol dan Chlorpheniramine iaitu ubat selsema atau gatal.
#4 Ambil Pada Waktu Tertentu Sahaja
Bukan hanya sebelum atau selepas makan, ada sesetengah ubat disarankan oleh ahli farmasi untuk diambil pada waktu tertentu seperti waktu malam atau pagi.
Ini kerana sesetengah ubat tersebut boleh memberi kesan yang optimum jika diambil pada waktu malam atau boleh menganggu kualiti tidur seseorang.
Contohnya pengambilan ubat Simvastatin dan Antikolestrol yang hanya perlu diambil pada waktu malam kerana penghasilan kolestrol badan akan meningkat pada waktu tersebut selain memberi kesan yang maksimum.
Selain itu, ubat jenis Antihistamin juga disarankan untuk diambil pada waktu malam kerana ia boleh memberi kesan sampingan seperti mengantuk sekaligus memudahkan pesakit untuk terus tidur.
Manakala, ubat jenis Freusemide dan Diuretik boleh menyebabkan seseorang kerap membuang air kecil sekaligus mengganggu kualiti tidur mereka. Oleh kerana itu, ubatan jenis ini perlu diambil pada waktu pagi sahaja.
Ubat seperti Alendronate juga memerlukan pesakit untuk berdiri tegak selepas mengambilnya.
Ini kerana jika seseorang itu baring atau tidur, ia boleh menyebabkan iritasi pada saluran esofagus.

#5 Ambil Bila Perlu Sahaja
Kadangkala, ahli farmasi atau pekerja klinik ada menasihati pesakit untuk mengambil ubat tertentu jika perlu sahaja.
Ini bermaksud seseorang itu hanya perlu mengambil ubat berkenaan jika terdapat simptom atau penyakit tersebut contohnya seperti Paracetamol dan Mefenamic Acid.
Makan Ubat Macam Makan Nasi! Tempoh hari saya bersembang hampir satu jam dengan seorang atuk yang bercucu 22 orang. Ya…
Posted by Medical Mythbusters Malaysia on Sunday 15 July 2018
𝐌𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐤𝐞𝐥𝐢𝐫𝐮 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐮𝐛𝐚𝐭 [𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌/𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍]❓❓ Mari fahami sebab mengapa sesetengah ubat perlu diambil sebelum makan atau selepas makan melalui infografik ini 👇
Posted by Sahabat Farmasi on Monday 18 August 2025
Waktu Pengambilan Ubat Yang Betul
KKM dalam satu hantaran di Facebook mereka pernah berkongsi panduan waktu pengambilan ubat yang betul berdasarkan dos yang disarankan oleh doktor:
Jika dos sekali sehari: pengambilan ubat pada jam 8 pagi
Jika dos 2 kali sehari: pengambilan ubat disarankan pada jam 8 pagi dan 8 malam
Jika dos 3 kali sehari: pengambilan ubat adalah pada jam 6 pagi, 2 petang dan 10 malam
Jika dos 4 kali sehari: pengambilan ubat adalah pada pukul 6 pagi, 12 tengahari, 6 petang dan 12 malam.
Apa yang penting, pastikan anda mendengar arahan doktor dengan teliti dan tepat sebelum pengambilan sesuatu ubat.
Waktu Pengambilan Ubat yang Betul… Ikuti jadual ini.. #Farmasi #KenaliUbatAnda #Ubat
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Sunday 23 November 2014
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Ini Kongsi Ubat Yang Boleh ‘Burukkan’ Keadaan Pesakit Gastrik & Gerd Jika Ambil Tanpa Dikawal
Baca Artikel Berkaitan: Dah Sihat Jangan Gatal Skip! Ini Sebab Kenapa Kita Kena Habiskan Antibiotik
Source:


