
Tahukah anda, tuntutan waris Kesultanan Sulu ke atas negeri Sabah bermula semenjak tahun 1673 lagi? Ya, cerita ni bermula daripada abad ke-17 lagi! Berdasarkan sejarah, selepas tamatnya Perang Saudara Brunei (1661-1673), Kesultanan Sulu mulai menuntut hak wilayah kedaulatan ke atas kesulurahan negeri Sabah daripada Brunei. Namun, Brunei tidak boleh memberikan hak tersebut kerana Sabah adalah wilayah de facto Brunei semenjak abad ke-14 lagi.
Dalam pada itu, tuntutan dilakukan kerana menurut Kesultanan Sulu, sewaktu berlakunya perebutan takhta di Brunei pada abad ke-17, Bendahara Muhyiddin telah membuat perjanjian dengan Kesultanan Sulu bahawa sekiranya Kesultanan Sulu berjaya mengalahkan Sultan Abdul Hakkul Mubin dan menjadikan Bendahara Muhyiddin sebagai Sultan, Bendahara Muhyiddin akan memberi wilayah Sabah sebagai hadiah kepada Kesultanan Sulu.
Namun, terdapat percanggahan dengan kisah ini. Ini kerana, walaupun Kesultanan Sulu telah menyatakan bahawa mereka telah berjaya membantu Bendahara Muhyiddin mengalahkan Sultan Abdul Hakkul Mubin dan menggantikan Bendahara Muhyiddin sebagai Sultan, tidak ada satu pun dokumen rasmi dalam sejarah yang menyatakan penyerahan wilayah Sabah itu telah berlaku. Pada masa yang sama, kesultanan Brunei menafikan bahawa Kesultanan Sulu telah memberi bantuan sewaktu perebutan kuasa tersebut. Dan kini, walaupun Kesultanan Sulu dan negara Filipina menyatakan bahawa “penyerahan” ini telah dilakukan pada abad ke-17 tersebut, mereka juga tidak dapat mengemukakan apa-apa dokumen perjanjian yang sah ddaripada pihak mereka tentang penyerahan wilayah ini.
Jika memang ada perjanjian mulut sekalipun, ia tidak boleh dituntut kerana tiada perjanjian hitam-putih mahupun sejarah yang sah dan tanpa persoalan daripada kedua-dua pihak.
Tuntutan Kesultanan Sulu ini berlanjutan ke abad ke-18, ke-19, ke-20 dan sehingga sekarang yang diteruskan oleh warisnya.

Lokasi: Ranau, Sabah, Malaysia
Namun, pada abad ke-21 ini, selepas permulaan tuntutan yang sedikit goyah dan tanpa bukti yang kukuh semenjak lebih 300 tahun yang lalu, adakah waris Kesultanan Sulu layak mendapatkan tanah Sabah tersebut?
Awal bulan ini, jurucakap Presiden Filipina yang baru, Presiden Ferdinand Marcos Jr. menyatakan bahawa isu diantara negara Malaysia dan waris Kesultanan Sulu adalah “bersifat peribadi” dan Filipina tidak mahu masuk campur hal yang membabitkan rampasan aset antarabangsa syarikat Petroleum Malaysia (Petronas) di antara kedua-dua pihak tersebut. Ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa Presiden Marcos Jr. tidak menunjukkan minat membantu waris Kesultanan Sulu dalam hal menuntut Sabah walaupun waris tersebut telah meminta bantuan Presiden Filipina itu selepas beliau menjadi presiden beberapa bulan lepas.
Persoalan seterusnya, mungkinkah Malaysia akan bankrap sekiranya tuntutan waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah berjaya?
Mula-mula sekali, Malaysia tidak lagi boleh mengenepikan masalah ini atau melengahkan penyelesaian perkara ini. Lebih-lebih lagi apabila kedaulatan negara Malaysia dipermainkan orang asing seperti isu rampasan aset antarabangsa petroleum negara yang berlaku. Malaysia perlu mencari penyelesaian mengikut langkah undang-undang (tempatan dan antarabangsa), langkah diplomatik dan meneliti semua tuntutan daripada waris Kesultanan Sulu atau pihak-pihak lain. Malaysia perlu mencari dan mendapatkan fakta-fakta kukuh sekiranya ingin mematahkan tuntutan-tuntutan ke atas negeri Sabah ini.
Sebagai rakat Malaysia, kita juga boleh memainkan peranan menekan pihak-pihak tertentu untuk lebih cepat dan tangkas dalam menangani tuntutan-tuntutan daripada pihak luar ini dan bersama-sama menjaga wilayah kita supaya tidak senang-senang jatuh kepada pihak lain.
Saya Zuan adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav.
Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.


