“Apa Dah Jadi” – Tular Dengan Lebih 9 Juta Tontonan, Penampilan Terkini Rosé BP Dalam Video Baru Cetus Kerisauan

29 Jun 2024 • 10:29 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Bukan sahaja sebagai seorang artis yang berbakat, Rosé BLACKPINK juga sering menjadi bualan ramai kerana badannya yang cantik dan ramping.

Baru-baru ini, Rosé telah menghadiri Anugerah Fesyen Andam yang berlangsung di Paris, Perancis, sebagai salah seorang ahli juri.

Menarik perhatian, wanita itu tampil elegan memakai gaun pendek berwarna hitam digayakan juga dengan kaca mata hitam untuk melengkapkan lagi ‘look’nya untuk acara tersebut.

Namun, satu video telah tular di TikTok dengan lebih 9 juta tontonan setakat ini, di mana Rosé sedang berjalan dan mempamerkan tubuh badannya yang langsing.

Meninjau di ruangan komen, ada yang menyatakan bahawa penyanyi “On The Ground” itu nampak lain dari dirinya sebelum ini dan terus merisaukan tentang kesihatannya kini. Komen peminat,

  • Rosé!! Makan la!!
  • Apa dah jadi pada dia..saya harap dia baik-baik sahaja.
  • Rosé awak nak lemak saya sikit tak?
  • Macam tinggal tulang je tu..
  • Cara dia jalan tu nampak macam dia tengah sakit.

Kurus takpe, yang penting sihat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.