Apa hukum menggantung patung Labubu menurut Islam, ini pandangan Mufti

LocalPolitics
5 Dec 2024 • 7:45 PM MYT
LifestyleAsia MY
LifestyleAsia MY

Your access to the good life in Malaysia

image is not available

Sejak bintang K-Pop terkenal, Lisa Blackpink menggayakan patung labubu ini, terus tular di seantero dunia. Bagaikan satu keperluan untuk memiliki patung labubu ini, baik dijadikan koleksi mahupun digatung sebagai bag charm. 

Namun baru-baru ini timbul pula persoalan adakah mengumpul dan menggantung patung tular ini haram disebabkan kisah disebalik patung ini yang diinspirasikan dari Mitologi Nordik.

Patung ini terinspirasi dari makhluk fiksi dalam dunia ilustrasi, yakni makluk mitologi Nordik dengan ciri khas monster bertaring tajam.

Jadi apakah hukum sekiranya Labubu dimiliki oleh seorang Islam? Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jamali Mohd Adnan baru-baru ini ada memberikan pandangan mengenai hukum ini. Ayuh kita semak!

Hukum mengumpul dan menggantung patung Labubu

image is not available
Foto: Campaign Asia

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah harus mengumpul anak patung asalkan ia tidak digunakan atas dasar memuja atau menyembah.

Ekoran itu bukanlah haram untuk mengumpul dan menggantung patung Labubu. Cuma Mufti ada menekankan bahawa pembelian Labubu itu adalah satu pembaziran dan pembelian sia-sia dek kerana harganya yang boleh dikatakan mahal untuk sebuah patung.

Haram guna patung yang disembah

Mufti Wilayah Persekutuan juga menegaskan bahawa menggunakan patung yang disembah adalah haram menurut ijmak ulama.

Namun katanya, setiap jenis patung dan gambar mempunyai kekhilafan.

“Oleh itu, ulama bersepakat bahawa hukum menyimpan patung adalah haram jika ia adalah patung makhluk yang mempunyai roh seperti manusia, haiwan dan termasuk juga jin,” ujarnya.

Boleh ada patung Labubu jika tidak dimuliakan

image is not available
Foto: Campaign Asia

Sebenarnya patung yang hadir dalam keadaan sempurna sifatnya, seperti lengkap anggota badan yang tidak terpotong turut diharamkan, lebih-lebih lagi jika diletakkan di tempat khas atau digantung di tempat yang dimuliakan, jadi tidak salahlah untuk digantungkan hanya pada beg semata.

“Patung yang saiznya tidak kecil atau bukan mainan kanak-kanak dan tidak diperbuat daripada bahan yang cepat rosak itu termasuk kategori haram, kerana sekiranya saiz sebenar manusia sudah boleh dikira berhala.

“Pada masa sama, patung tersebut mestilah tidak mempunyai unsur lucah, tanda salib, lambang-lambang agama lain dan sebagainya yang haram,” tambah Jamali.

Jamali juga mengatakan adalah harus menyimpan patung Labubu asalkan dijaga syarat-syarat pengharaman seperti di atas dan tidak dimuliakan.

Foto: CNBC Indonesia


Note : The information in this article is accurate as of the date of publication.
View Original Article