Apa Itu 'Visa Furada'? Jom Ketahui Risiko Visa Haji Persendirian Ini

8 Jul 2022 • 1:22 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Semalam kecoh di media sosial mengenai insiden malang yang menimpa 380 bakal jemaah Haji Malaysia yang terkandas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak pagi Khamis dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Mereka yang berkumpul di Aras 5, Balai Pelepasan KLIA dipercayai menggunakan Visa Furada untuk menunaikan haji dan bukannya melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

image is not available

Visa Furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarkan oleh Arab Saudi -- tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH.

Bagi yang pertama kali mendengar tentang Visa Furada atau kurang arif mengenainya, ini ada penjelasan serta beberapa risiko yang dikongsikan daripada Alumni dan Petugas Haji Furada / Mujamalah 2019.

image is not available

APA ITU VISA FURADA?

- Visa Haji (Furada atau Mujamalah) sememangnya wujud, tetapi bersifat akhir (last minit).

- Oleh itu, para jemaah seharusnya faham dan mengerti akan risiko-risiko yang bakal dialami.

- Pihak syarikat juga perlu menerangkan kepada jemaah tentang status visa seperti ini supaya tidak berlaku overclaiming.

- Antara kelebihan pergi Haji menggunakan Visa Furada atau Mujamalah ini ialah :-

1) Tidak perlu mendaftar Haji dengan Tabung Haji

2) Tidak perlu menunggu giliran, bila tahun untuk mengerjakan haji.

3) Fasiliti dan suasana di khemah-khemah Mashaer Haji juga agak berbeza atau erti kata lain lebih selesa.

4) Boleh pilih jumlah hari pakej.

image is not available

- Ada segelintir syarikat yang tamak dan berani mengambil pendaftaran sehingga mencecah 300 pendaftaran dalam satu-satu masa dan mereka sendiri tahu bahawa Visa Haji (Furada atau Mujamalah) tiada jaminan akan lulus kesemuanya.

- Ada juga syarikat yang sengaja mengambil kesempatan kepada bakal jemaah haji ini dengan mengatakan kononnya boleh buat haji menggunakan Visa Pelancong.

- Kepada syarikat pengendali yang mempunyai jemaah ramai, ini peringatan buat mereka :-

1) Jika tidak mampu “CONFIRMED” mengenai “KELULUSAN VISA HAJI” dan tidak mampu untuk berdaftar sebagai Syarikat “PJH”. Saya sarankan agar buat kolaborasi bersama

2) Syarikat yang berdaftar sebagai “PJH” yang di kelola oleh TH.

image is not available

KESIMPULAN UNTUK PERINGATAN BERSAMA

Sesungguhnya Visa Furada dan Mujamalah Itu adalah BENAR (Wujud).

Yang menjadi FITNAH kepada visa ini adalah segelintir syarikat/individu yang ingin mengaut keuntungan tanpa memikirkan penat jerih orang lain dan juga kepada yang suka buat palatao.

image is not available