Apa Itu Visa Furada, Visa Haji Persendirian Yang Berisiko Tinggi

8 Jul 2022 • 10:18 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Wujudkah sebenarnya laluan menunaikan haji tanpa perlu mendaftar dengan Tabung Haji?

Apa Itu Visa Furada, Visa Haji Persendirian Yang Berisiko Tinggi. Tular di seluruh negara hari ini apabila seramai 380 jemaah haji terkandas di KLIA kerana didakwa ‘ditipu’ oleh agensi pelancongan yang menjanjikan mereka visa haji furada.

Kesemua jemaah malang ini bukan jemaah di bawah kelolaan Tabung Haji dan telah menunggu harapan menjejakkan kaki ke Tanah Suci sejak 28 Jun yang lalu. Malah, ada yang menggadaikan tanah serta mengeluarkan wang simpanan EPF untuk tujuan ini.

image is not available
Kredit foto: Twitter @FareezAzmann

Apa itu Visa Furada?

Visa furada atau nama pemasarannya, ‘Visa Kuota Raja Salman’ adalah visa menunaikan haji secara persendirian yang dipohon terus dari kerajaan Arab Saudi tanpa perlu mendaftar dengan Tabung Haji. Selain itu, penerima visa ini tidak termasuk dalam kuota yang telah ditetapkan kepada sesebuah negara penerima.

Oleh yang demikian, jemaah yang menerima visa ini dikira sebagai jemaah persendirian antarabangsa dan bukannya jemaah Tabung Haji. Kos untuk mendapatkan status sebagai jemaah haji visa furada ini juga sangat luar biasa tinggi. Harga yang perlu dibayar adalah bermula daripada RM 36,000 sehingga RM 50,000, bergantung kepada pakej yang diambil.

Persoalannya, adakah visa ini benar-benar wujud? Ya, benar memang wujud!

image is not available
Gambar hiasan. Kredit: mStar

Kelebihan jemaah haji Visa Furada berbanding Jemaah Haji Visa Tabung Haji

Menerusi perkongsian محمد صوفي المدينة yang pernah menjadi alumni dan petugas Haji Furada/Mujamalah tahun 2019, terdapat beberapa kelebihan yang boleh dinikmati oleh jemaah haji Visa Furada ini.

Contohnya seperti berikut;

  • Tidak perlu mendaftar Haji dan Tabung Haji
  • Tidak perlu menunggu giliran haji yang lama kerana anda boleh menunaikan haji pada tahun semasa
  • Infrastruktur dan suasana di khemah-khemah Masheer Haji lebih selesa
  • Boleh customized jumlah hari pakej

Apa risiko jemaah haji Visa Furada?

Menerusi pengalaman yang dikongsikan netizen di laman Facebook, mereka yang pernah mendapat visa furada ini mengakui terdapat banyak risiko dan kesukaran yang dihadapi sebagai jemaah haji furada berbanding jemaah haji Tabung Haji.

Antaranya adalah seperti lokasi hotel yang sangat jauh, lokasi khemah di Arafah, Mina dan lain-lain yang berbeza. Malah, ada kebarangkalian untuk duduk di dalam khemah negara lain.

image is not available
Apa Itu Visa Furada, Visa Haji Persendirian Yang Berisiko Tinggi

Bukan itu sahaja, jemaah haji furada bersama agensi pelancongannya berisiko untuk dibuli atau diambil kesempatan oleh orang Tanah Arab berkaitan hal seperti visa, prosedur, pengangkutan, tempat tinggal dan sebagainya kerana bergerak bersendirian dan bukan dalam kumpulan yang besar.

Selain itu, sebarang kejadian tidak diingini yang berlaku kepada jemaah haji furada tidak akan dipertanggungjawabkan oleh Tabung Haji kerana secara asasnya, jemaah haji furada ini bersetuju untuk menunaikan haji atas kapasiti sendiri atau di bawah agensi pelancongan yang dilanggannya.

image is not available
Sumber: FB Ab Syukur Azhar

Paling penting, tiada jaminan untuk visa furada ini diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi dan ianya sangat berisiko tinggi.

Kes berkaitan visa furada

Memetik laporan akhbar tempatan, sehingga 23 Jun 2022, kerajaan Arab Saudi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pengeluaran visa furada untuk musim haji 1443H/2022M.

Pakej haji yang meragukan pada tahun ini dilaporkan menjanjikan peluang menunaikan haji menggunakan visa furada di saat akhir dengan bayaran deposit yang begitu tinggi, kononnya untuk urusan visa di Kedutaan Arab Saudi.

Agensi yang tidak bertauliah ini juga memberitahu bahawa jaminan untuk menunaikan haji adalah 50-50 dan wang akan dikembalikan dalam tempoh yang tidak dapat dipastikan.

Lebih meragukan, mereka juga memberi harapan bahawa mereka akan berlepas ke Tanah Suci pada 5 Julai 2022, sedangkan tarikh akhir penerbangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi adalah pada 4 Julai 2022.

Bagi mereka yang betul-betul ingin menunaikan haji, anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat syarikat yang diiktiraf sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH). Syarikat PJH ini adalah syarikat berlesen dengan Tabung Haji dan kuota yang disediakan adalah kuota yang diperoleh untuk Tabung Haji dan Malaysia.

Jemaah haji yang akan datang perlu peka dengan perkara seperti ini: