‘Apa Manusia Bagi, Laut Pulangkan Semula’ – Wanita Kecewa Pantai Teluk Bayu Dipenuhi Lampin Pakai Buang Kotor [Video]

LocalEnvironment
7 Sep 2026 • 3:30 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sudah dinasihatkan banyak kali, tetapi masih ramai di kalangan masyarakat yang masih membuang sampah merata tempat sehingga menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Kak Dla Ola berkongsi keadaan di Pantai Teluk Bayu, George Town di Pulau Pinang yang dipenuhi sampah sarap.

Namun bukan sisa makanan atau botol sahaja, tetapi kali ini, pantai itu dipenuhi dengan lampin pakai buang bayi (diaper) yang sudah digunakan.

Berang Ramai Pengunjung Suka Hati Tinggalkan Lampin Kotor Di Kawasan Pantai

Kak Dla Ola berkata dia telah mengutip lima lampin bayi yang sudah lama terdampar di kawasan pantai terbabit. Apa yang membuatkannya lebih berang apabila dia menjumpai satu lagi lampin yang dipercayai baru sahaja ditinggalkan pengunjung di atas sebuah batu besar.

“Pampers (lampin) ni kotor, ni yang terbaharu. Daripada batu (hujung kawasan pantai) tu lima (lampin). Tak tahu datang dari mana, hanyut ke Kak Dla Ola tak pasti. Tapi ni (atas batu) betul-betul baru.

“Mana otak hampa? Tolonglah jaga kebersihan, sayang alam kita. Hampa tengoklah orang nak mandi,” tegurnya.

‘Apa Manusia Bagi, Laut Pulangkan Semula’ – Wanita

Kak Dla Ola yang juga merupakan komuniti Adopt a Beach Penang berkata dia akan mengutip sampah sarap secara sukarela di pantai tersebut sebanyak empat ke lima kali seminggu.

Meskipun kerap meninjau dan mengutip sampah sarap, sampah ditinggalkan pengunjung tidak pernah berkurangan terutamanya semasa musim cuti persekolahan baru-baru ini.

“Sampah tak pernah habis. Bila air pasang, sampah pun sampai. Apa kita bagi (sampah), dia (laut) bagi balik. Datang pula manusia tak ada sivik, bertambahlah sampah di pantai.”

Tong Sampah Dah Tersedia, Tapi Masih Buang Sampah Merata

Jelasnya lagi, tong sampah sudah pun disediakan oleh pihak berkuasa dan majlis bertanggungjawab, bagaimanapun sesetengah pengunjung yang kurang sivik ini masih meninggalkan sampah bertaburan di kawasan pantai.

“Masa musim cuti sekolah ni la paling teruk. Pergi berkelah, berkhemah (camping), makan siap campak je (sampah). Tisu, pinggan plastik, botol, camca, semua lempar merata. Habis makan terus bla (pergi).

“Tak ada rasa nak kutip dan ikat elok-elok masuk dalam plastik sampah. Tong sampah ada depan mata, letak dekat tepi je, itu pun malas,” katanya kepada BuzzKini.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kecewa Lihat Pantai Di Cherating Dipenuhi Sampah Lampu Lantera [Video]

“Jangan Tinggal Sampah, Tinggal Kesedaran” – Komuniti Adopt a Beach Penang

Wanita itu menerusi ruangan kapsyen turut berharap agar orang ramai mendapat kesedaran dan tidak sesekali meninggalkan sampah sarap masing-masing di pantai selepas ini.

“Pampers (lampin) anak hang boleh bawak pergi pantai, tapi nak buang elok-elok pun tak reti? Pantai ni bukan tong sampah rumah hang. Jangan tinggal sampah, tinggal kesedaran,” katanya.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Mat Saleh Dakwa Semporna Tempat Paling Kotor Di Asia [Video]

Adopt a Beach Penang Anjur Program Jom Kutip Challenge Sepanjang Bulan September

Menurut Kak Dla Ola, setiap minggu pasukan Adopt a Beach Penang menerusi program ‘Jom Kutip Challenge’ akan membersihkan mana-mana pulau di Pulau Pinang.

Buat syarikat korporat, sekolah atau pasukan solo yang mahu menyertai program itu sepanjang bulan September ini, anda boleh layari pautan [DI SINI] untuk mendapatkan maklumat lanjut.

View this post on Instagram

A post shared by adoptabeachpenang (@adoptabeachpenang)

Netizen Bengang Dengan Sikap Sesetengah Rakyat Malaysia Yang Masih Kurang Peka Terhadap Kebersihan Alam Sekitar

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai kecewa dengan sikap pengunjung pantai yang masih tidak reti menjaga sampah sarap masing-masing.

“Rakyat Malaysia masih ramai yang tak berdisiplin. Susah nak maju,” kata seorang pengguna Threads.

Malah ada individu berkata dia pernah menegur orang yang meninggalkan lampin bayi di pantai, namun tegurannya itu tidak diendahkan.

“Saya pernah saksi rombongan kumpul lampin lepas berkelah. Mereka kemas barang, bangun dan jalan. Empat lampin dia biar je terkumpul di Pulau Kapas.

“Saya tegur elok-elok minta dia angkat sampah. Diorang buat b*d*h, tengok je dalam jalan dengan perlahan menuju ke jeti. Saya ambil lampin tu dan campak ke mereka.

“Terpaksa tinggi suara suruh kutip tahi anak-anak mereka dan tunjuk tong sampah depan mata. Jangan datang dah ke pulau dan pantai. Keluarga macam ni tak layak menikmati keindahan alam,” ujarnya.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: ‘Apa Manusia Bagi, Laut Pulangkan Semula’ – Wanita Kecewa Pantai Teluk Bayu Dipenuhi Lampin Pakai Buang Kotor [Video]
Image from: ‘Apa Manusia Bagi, Laut Pulangkan Semula’ – Wanita Kecewa Pantai Teluk Bayu Dipenuhi Lampin Pakai Buang Kotor [Video]
Image from: ‘Apa Manusia Bagi, Laut Pulangkan Semula’ – Wanita Kecewa Pantai Teluk Bayu Dipenuhi Lampin Pakai Buang Kotor [Video]
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Mat Saleh Luah Rasa Kecewa, Persoal Sikap Segelintir Warga Kelantan Buang Sampah Merata [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Sabun Dekat Tandas Sahaja” – Ramai Bengang Lihat Air Terjun Dicemari Buih Syampu

Baca Artikel Berkaitan: Larangan Pasang Khemah Di Pantai Port Dickson Undang Kritikan Ramai [Video]

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved