
Meskipun pasangan suami isteri Shuk Sahar dan Rossa Sera dilihat ada mengerjakan umrah berdua baru-baru ini, difahamkan hubungan perkahwinan antara mereka sudah pun berakhir.
Rossa dilihat memberi bayangan mengenai perkara itu menerusi beberapa hantaran di Instagram Story miliknya, semalam.

Sumber : Instagram
Dalam hantaran itu, Rossa juga sempat meluahkan rasa kesal dan amarahnya terhadap seorang wanita bernama Fara yang dipercayai menjadi orang ke-3 dalam rumah tangga mereka.
(VIDEO) "Semoga Berjodoh Kembali" - Peminat Teruja Lihat Shuk Sahar Tunai Umrah Bersama Rossa Sera
Kata Rossa, Fara masih mengganggu kehidupannya meskipun sudah tidak tinggal sebumbung bersama Shuk malah turut mengeji dan menghina anak-anaknya.
View this post on Instagram
Jahatnya manusia macam kau ni. Aku jadi saksi dengan mata kepala sendiri macam mana Shuk terseksa dulu sebab kau. Aku sanggup mengalah demi masa depan dan kesihatan mental kami suami isteri.
Kau ugut macam-macam sampai bercerai berai pun. Tetapi kau masih sia-siakan dia. Paling tak boleh blah bila dia tak nak layan, kau mula provoke macam-macam dulu.
Dalam satu hantaran lain, Rossa ada memuat naik tangkap layar perbualan Shuk yang cuba memujuknya kembali namun wanita itu sudah tawar hati dan menganggap hubungan perkahwinan mereka sudah pun berakhir.

Sumber : Instagram

Sumber : Instagram

Sumber : Instagram

Sumber : Instagram
Berpisah banyak mengajar kami jadi ibu ayah yang baik demi masa depan anak-anak. Hubungan kami sebagai kawan lebih sihat daripada dulu rasa hidup macam neraka.
Terdahulu, pasangan ini bertindak mengunci mulut mengenai status sebenar rumah tangga mereka setelah isu pergolakan dalam perkahwinan kedua-duanya berlanjutan selama beberapa tahun.
Shuk dan Rossa bernikah pada tahun 2015 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata yang kini masing-masing berusia 6 dan 3 tahun.
The post “Apa Masalah Bet*na Tu?” – Rossa Sera Dah Bercerai Dengan Shuk Sahar, Kesal Masih Kena ‘Provoke’ Dengan Fara first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

