“Apa Masalah Kau??” – Isu Sejadah Dapat Lambat Makin ‘Panas’, Diva AA Tengking Azza Dalam Melodi Pula?

8 Aug 2022 • 1:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Minggu lalu, isu mengenai pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA ‘memaki’ Azza Elite kerana lewat membuat penghantaran sejadah raih perhatian orang ramai.

Lagi membuatkan isu terbabit mendapat perhatian apabila Azza meluahkan rasa terkilan dengan kata-kata kesat yang dikeluarkan dari mulut Diva AA, tambahan pula ketika itu ayahnya baru saja meninggal dunia.

image is not available

Susulan itu, pihak Melodi mempunyai niat baik untuk pertemukan dua orang selebriti ini bagi memperbaiki keadaan yang sedang ‘panas’.

Semasa ditemubual, Diva AA akui tidak tahu mengenai berita pemergian bapa Azza, namun sebagai pelanggan dia berhak mengetahui alasan lewat menghantar barang yang dibeli.

Setelah dipertemukan, Diva AA bertanya soalan dalam nada ‘menengking’ mengapa isu ini menjadi besar hingga dilaga-lagakan dan itu membuat pelakon terbabit terdiam.

Dalam pada masa yang sama, pengacara itu sempat menengking dan marah ke arah kamera seolah-olah menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap netizen yang menuduhnya dengan pelbagai tuduhan.

Bagaimanapun, pertemuan untuk berdamai itu bersambung di bahagian kedua, dimana ia akan ditayangkan pada episod minggu hadapan rancangan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

image is not available 6 hari lalu

"Kau Busy Jahit Sejadah Ke?!" - Dimaki Sebab Hantar Sejadah Lambat, Azza Elite Anggap Diva AA 'Selfish'

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved