“Apa Pun Jadi Daddy Will Always Love You Two” – Fattah Amin Kongsi Gambar Terakhir Diambil

LocalEntertainment
25 Sep 2024 • 2:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
fattah amin

Hari ini telah berlangsungnya prosiding pertama sebutan penceraian di antara Fattah Amin dan Nur Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Namun, Fattah Amin tidak bersetuju untuk melepaskan isterinya dan perbicaraan ditangguhkan ke 7 Oktober akan datang.

Terbaru, Fattah menerusi satu hantaran di Instagram berkongsi gambar isteri dan anak perempuan tunggalnya, Nur Fatima Aisya.

image is not available

Tulis pelakon terbabit, walau apa pun yang terjadi dia akan tetap menyayanyi kedua-duanya. Fattah juga memohon orang ramai dapat mendoakan kebaikan buat mereka.

image is not available

Bersama hantaran tersebut disertakan emoji hati berwarna biru dan hashtag #lastpicturetaken. Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan para peminat.

Mereka berharap keluarga ini dapat bersatu kembali dan Fattah dapat memenangi semula hati Fazura.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Fattah Amin