
SHAH ALAM, 13 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2024 hari ini untuk membimbing ekonomi ke tahap lebih baik dalam berdepan tantangan global masa kini.
Belanjawan bertemakan Reformasi Ekonomi: Memperkasa Rakyat yang dibentangkan di Dewan Rakyat turut menyokong agenda pembangunan negara dan membela kebajikan rakyat terutama golongan memerlukan.
Berikut sebahagian manfaat utama yang ditawarkan kepada orang ramai pelbagai golongan:
Bil elektrik
- Rebat diteruskan sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar
- Mengecualikan bayaran deposit akaun bil atas nama sendiri
Selenggara lif dan kuarters penjawat awam
- RM2.4 bilion untuk membina, menyelenggara dan membaik pulih kuarters penjawat awam, guru, hospital, anggota polis, tentera dan bomba
Pembaikan tandas, jalan raya
- RM150 juta senggara dan baiki tandas awam di 150 pihak berkuasa tempatan seluruh negara
- Tindakan 24 jam selepas terima aduan jalan berluang di Jalan Persekutuan
Mangsa sindiket penipuan kerja
- Tambahan RM10 juta bela nasib mangsa sindiket penipuan kerja dan kes kebajikan lain
Kes muflis
- Dasar Peluang Kedua diperluas kepada belia bawah 40 tahun dengan hutang tidak lebih RM200,000
Usahawan mikro dan peniaga kecil
- RM1.4 bilion bawah pinjaman mikro BSN untuk modal niaga, membeli alatan, premis dan pemasaran kepada penjaja dan pengusaha kecil
- RM330 juta bawah Tekun biaya peniaga kecil seperti pengusaha batik dan kraf, usahawan Orang Asli serta Bumiputera Sabah dan Sarawak
- RM720 juta galak wanita dan belia menceburi bidang perniagaan
- RM100 juta geran pendigitalan untuk manfaat lebih 20,000 usahawan PKS dan pengusaha mikro
- RM900 juta dana pinjaman bawah BNM tingkat produktiviti niaga melalui automasi dan pendigitalan
- RM40 juta laksana Program Shop Malaysia Online untuk galak berniaga dari rumah
- RM25 juta perkasa peranan Pusat Ekonomi Digital di setiap DUN untuk galakkan peniaga kecil khususnya
dalam bidang makanan berniaga dari rumah
Pembangunan bakat tempatan
- RM100 juta sediakan sijil profesional yang diiktiraf industri kepada graduan TVET
- RM70 juta laksana program kemahiran sambil bekerja dalam tempoh sehingga 18 bulan
- RM17 juta laksana Program Tahfiz TVET
Kebajikan peniaga dan penjaja pasar
- RM110 juta naik taraf pusat penjaja dan prasarana pasar awam uzur di 150 kawasan PBT
- RM10 juta perindah 10,000 gerai dan warung kecil
- RM50 juta bina 4,000 unit ruang niaga baharu di seluruh kawasan PBT
- Pengecualian bayaran sewa kiosk bagi enam bulan pertama untuk rakyat berniaga
Pelabuhan negara
- RM50 juta geran padanan bersama Lembaga Pelabuhan Klang selenggara Jalan Pelabuhan Klang dan menguatkuasakan had beban lebih muatan ke atas kenderaan berat
- Merealisasi cadangan pembangunan pelabuhan di Pulau Carey melalui Request for Proposal (RFP) dalam memperkukuh lagi peranan Pelabuhan Klang
BERITA LANJUT MENYUSUL
The post Apa rakyat dapat daripada Belanjawan 2024? appeared first on Selangorkini.

