“Apa Rasa Dia?” – Kafe Di Indonesia Jual Kopi Indomie Curi Perhatian [Video]

LocalEntertainment
10 Dec 2024 • 5:50 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
kafe indonesia jual minuman kopi indomie

Semakin hari semakin banyak makanan unik dengan kombinasi luar biasa diperkenalkan oleh para peniaga. Walaupun ianya agak pelik, namun di luar sana masih ada yang akan cuba untuk membeli hidangan atau minuman tersebut.

Seperti sebelum ini, sebuah kedai makan di Filipina dikenali sebagai The Pearl Fajardo tampil dengan menu kentang goreng bersama boba.

Hidangan itu kemudiannya menerima reaksi kurang senang daripada warganet. Ada juga yang meminta cef terkemuka, Chef Gordon untuk memberi pendapat tentang menu tersebut.


Kafe Di Indonesia Jual Gabungan Kopi Mi Segera

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@mr_m.a_) menyaksikan menu minuman unik yang telah diijual di sebuah kafe terletak di Indonesia dikenali sebagai Bilik Rumah Coffee.

Tampil dengan kombinasi kopi yang unik, kafe tersebut menggabungkan kopi latte bersama dengan mi segera goreng terkenal di negara berkenaan iaitu Indomie.

Cara minuman tersebut disediakan adalah dengan mencampurkan air gula, susu, ais, kopi dan disudahi dengan ‘topping’ mi segera di atasnya. Mi segera berkenaan juga dihiasi dengan serdak bawang goreng, hirisan cili merah bersama potongan limau kasturi.

Memang lain daripada lain. Tak boleh nak bayangkan rasanya macam mana. Pahit atau masin?

Difahamkan, kopi itu dijual pada 17 Ogos lalu. Namun tidak dapat dipastikan sama ada jualan minuman tersebut masih diteruskan sehingga ke hari ini atau tidak.


Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Menu Kopi Indomie

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai memberikan pelbagai reaksi selepas melihat menu minuman berkenaan. Rata-rata daripadanya berkata makanan dan minuman dijual pada ketika ini semakin pelik.

“Makin pelik aku tengok. Terus jadi kembang tekak aku,” kata seorang lelaki.

Ramai yang berkata mereka tidak ingin mencuba minuman tersebut.

“Kopi pertama yang aku tak rasa nak cuba,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai berpendapat bahawa gabungan kedua-dua bahan berkenaan boleh mengundang risiko kesihatan kepada seseorang.

“Nak makan ke nak minum? Pelik-pelik zaman ni. Tak nak aku. Penyakit pula dapat nanti,” ujar seorang individu.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: TikTok (@mr_m.a_)


Mamee & Tealive Pernah Keluarkan Menu Lebih Kurang Sama

Terdahulu pada tahun 2020, Mamee dengan kerjasama Tealive juga pernah mengeluarkan menu lebih kurang sama iaitu ‘Spicy Mi Boba’.

Buat mereka yang tidak tahu, ia adalah gabungan mi segera pedas bersama teh susu. Walaupun ia agak pelik, namun ramai juga di kalangan masyarakat yang mencubanya.

Ada juga yang siap letak kiub ais dalam mangkuk mereka. Segelintir individu menyukai gabungan rasa tersebut, dan sesetengah orang tidak menggemarinya.

Source: