“Apa Salah Saya Buat?” – Lee Zii Jia Menitiskan Air Mata, Kesal Nama Sering Dikecam

6 Aug 2024 • 8:20 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sewaktu ditemubual oleh wartawan selepas memenangi pingat gangsa dalam perlawanan badminton Sukan Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia tidak dapat menahan lagi rasa sebak selepas memikirkan tohmahan yang sering diterima olehnya oleh orang ramai.

Kecewa nama sering dikecam

Kata pemain badminton perseorangan negara itu, disebabkan berita-berita yang kurang enak tentang dirinya tular, ia sedikit sebanyak menganggu ketika latihan.

Dalam pada itu, pemain 26 tahun itu turut persoalkan kesalahan yang dilakukannya sehingga nama sering jadi sasaran kecaman di platform media sosial.

Setiap pagi saya bangun dan menyertai sesi latihan tetapi pasti akan nampak macam macam berita keluar pasal nama saya. Saya tertanya-tanya apa salah yang saya dah buat.

Netizen beri semangat, simpati

Biarpun akaun Astro Arena baru memuat naik di platform TikTok video temubual itu, ia sudah pun meraih perhatian netizen dan rata-rata meluahkan rasa kasihan terhadap Lee Zii Jia.

image is not available

Bahkan, ada juga meninggalkan ucapan terima kasih kerana berjaya membawa pulang pingat gangsa serta memberi kata-kata semangat buatnya.

image is not available 4 days ago

“Jangan Kerap Menyepi” - Dakwa Lee Zii Jia Bersikap Dingin Dengan Rakan Media, Teruk Pengulas Sukan Ini Dikecam