“Apa Salahnya?” – Dakwaan Sanusi Kahwin Baru Senyap-Senyap Tular Di Media Sosial, Ini Jawab MB Kedah

18 Apr 2024 • 10:55 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular dakwaan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah pun berkahwin dengan wanita lain secara senyap.

Tuan badan bersuara

Menjawab dakwaan tersebut, Sanusi menafikan bahawa dirinya sudah berpoligami seperti yang ditularkan oleh beberapa pihak di platform media sosial,

Bahkan dia berkata belum mempunyai hasrat untuk melakukan hal tersebut, tetapi tidak menolak kemungkinan jika berjodoh dengan mana-mana wanita.

Belum lagi (berkahwin baharu). Mana tahu kalau ada jodoh, kalau jodoh dengan orang Sik apa salahnya? Orang Sik, orang Alor Setar ka.

Sebelum ini, Sanusi turut ada memuat naik status di laman Facebooknya tentang saranan berkahwin pada bulan Syawal.

Disebabkan status tersebut, ramai netizen meninggalkan komen dan andaian masing-masing.

image is not available 8 months ago

"Sangat Bad Boy Vibes Ni!" - Tular Wajah Zaman Muda, MB Kedah Sanusi Buat Ramai Terpegun!