Apa sudah jadi? FB Bersatu papar poster ‘Undur Muhyiddin’

LocalPolitics
13 Feb 2026 • 9:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar banner muka depan Facebook Bersatu yang dikemaskini dan antara beberapa hantaran yang menimbulkan tanda tanya

SHAH ALAM – Beberapa hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bermula sekitar jam 6 petang Jumaat menimbulkan tanda tanya apabila kandungannya dilihat seolah-olah bercanggah dengan keputusan parti berhubung pemecatan beberapa ahlinya.

Situasi itu mencetuskan kekeliruan dalam kalangan penyokong apabila mesej yang dipaparkan tidak selari dengan pendirian rasmi parti yang sebelum ini mengumumkan tindakan disiplin terhadap beberapa pemimpin kanan termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Terbaharu, pengendali laman sosial itu telah mengemas kini ‘banner’ muka depan dengan poster tertera ‘UNDUR MUHYIDDIN’.

Selain itu, turut dimuat naik satu status yang ditujukan kepada Ketua Penerangan Bersatu dengan memetik dialog daripada filem ‘Tiga Abdul’.

Terdahulu, Lembaga Disiplin parti itu mengumumkan pemecatan 17 ahlinya termasuk Hamzah dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal susulan pelanggaran peruntukan Perlembagaan dan Kod Etika Tatakelakuan mengikut Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved