
Setiap pemilik kenderaan tidak kiralah kereta ataupun motosikal perlu sentiasa peka dan berwaspada terutama ketika meletakkan kenderaan di sesuatu tempat.
Dalam pada kita berhati-hati, akan ada individu yang tidak bertanggungjawab cuba melakukan sesuatu yang tidak baik.
Ia ditambah lagi sekiranya pemilik sebuah kenderaan itu melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan rasa tidak puas hati kepada mereka.
Cabut & Baling Wiper Sampai Cermin Kereta Retak
Terbaharu, seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila mencabut pengelap cermin atau wiper milik sebuah sebuah kereta yang diparkir di kawasan Seremban Gateway, Negeri Sembilan.
Melalui rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) yang dikongsikan di platform X menerusi akaun @update11111, lelaki berkenaan dilihat mencabut wiper yang terletak pada cermin hadapan kereta berkenaan.
Apa yang menjadi perhatian adalah dia turut dilihat membaling wiper itu ke arah cermin hadapan hingga menyebabkan cermin itu retak.
Malah, pengelap cermin bahagian belakang juga turut hilang dipercayai akibat perbuatan lelaki itu.
“Tolong siapa kenal mamat ni? Apa tujuan dia buat kereta saya macam ni?” tulis pemilik video berkenaan.
Menerusi data pada dashcam, insiden dipercayai berlaku pada 10 Julai lalu kira-kira jam 4.30 petang.
Mengintai ke ruangan komen, ada pengguna berpendapat kemungkinan pemilik kereta tersebut telah melakukan kesalahan iaitu tidak meletakkan kenderaannya dengan betul dalam kotak parkir hingga menyebabkan lelaki itu bertindak sedemikian.
Namun, punca sebenar tidaklah kami ketahui.
Dia marah sebab parking tak betul2 masuk petak ke? Lain mcm hangin dia pic.twitter.com/MLAeuKN1FK
— Jai-yen (@Jaiyen_nakal) July 11, 2024
Video Undang Pelbagai Reaksi Dari Pengguna X
Video yang telah mendapat lebih 860 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian warga X. Rata-rata pengguna X mengecam tindakan lelaki terbabit yang dilihat selamba merosakkan kenderaan orang lain.
Malah, ada juga yang geram melihat sikap pemuda berkenaan. Bagi mereka, sekiranya pemilik kenderaan melakukan kesalahan, lelaki itu tidak sepatutnya bertindak sedemikian. Sebaliknya menyerahkan isu atau hal tersebut kepada pihak berkuasa.
Berikut antara komen pengguna X:
“Kalau Pemilik Kereta Parking Tak Cun Sekali Pun, Apa Masalah Mamat Ni Nak Panas Sampai Rosakkan Kereta Orang?”

“Sampai Hati Weh, Ingat Orang Beli Kereta Pakai Duit Gaji Dia Ke?”

“Buku Bertemu Ruas, Lepas Ni Jadikan Pengajaran, Dua-Dua Salah”

“Walaupun Owner Salah Parking, Kau Boleh Je Ambil Kertas, Tulis Besar-Besar Dekat Situ, Nak Maki Ke Apa”

Baca Artikel Berkaitan: Pemuda Sedih Kereta Dirosakkan Hanya Kerana Salah Parkir Di PPR
Baca Artikel Berkaitan: Tular Jiran Perang Mulut Gara-Gara Rebut Parkir Punya Pasal [Video]


