Apa Yang Menarik Di Malaysia Autoshow 2025 Pada 9-15 Mei Nanti?

LocalCars
7 May 2025 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pameran automotif tahunan terbesar negara, Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) kembali tahun ini dengan tema baharu Shifting The Future. Acara ini dianjurkan oleh Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dengan sokongan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Seperti tahun-tahun lalu, acara ini berlangsung di MAEPS, Serdang, dengan Hari Media berlangsung esok, Khamis, 8 Mei sebelum dibuka kepada umum bermula 9 hingga 15 Mei 2025.

Lebih 70 Pelancaran

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Beberapa model penting yang dipamerkan semasa

yang lalu

Menurut MARii, lebih 70 pelancaran model kenderaan, produk dan teknologi dijangka akan diadakan sepanjang acara berlangsung. Antara jenama automotif yang terlibat termasuk Proton, Perodua, BMW Group Malaysia, Audi, Volkswagen, Chery, Jaecoo, GWM dan BYD.

Dengan keluasan lebih 50,000 meter persegi, MAS 2025 turut akan membuat pendedahan tentang pencapaian dan arah tuju dasar dan pelan penting negara seperti Dasar Automotif Nasional (NAP), Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Tumpuan Terhadap Teknologi Hijau dan Mobiliti Masa Depan

image is not available

Teknologi hijau akan diberikan tumpuan khas di MAS 2025

Selain pameran kenderaan, MAS 2025 turut membuat demonstrasi interaktif dan sesi perkongsian. Fokus utama diberikan kepada teknologi kenderaan masa hadapan, sistem pengangkutan pintar dan mobiliti hijau.

Sebagai negara yang memainkan peranan sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, MAS 2025 juga menjadi platform penting untuk menyerlahkan komitmen Malaysia dalam inovasi serantau, kelestarian dan kerjasama rentas sempadan.

Pelbagai Aktiviti Menarik Menanti

image is not available

Antara acara yang bakal mencuri perhatian termasuk pameran pelbagai modifikasi kereta dan sukan permotoran, himpunan kenderaan motosikal pelbagai jenama, penampilan khas Jazeman Jaafar dan Anita Yusof, Hari Khas Wanita, persembahan cahaya Tesla yang terbesar di Malaysia serta konsert muzik yang ditaja BYD.

Peluang Pandu Uji

image is not availableimage is not available

image is not available

Pengunjung juga berpeluang untuk mencuba sendiri pelbagai kenderaan yang dipamerkan di tiga trek khas iaitu laluan pandu uji kenderaan berkepanjangan 5.2 km, trek motosikal sepanjang 1 km dan laluan off-road 4x4 yang direka khas oleh M4TREC.

Laluan Pandu Uji Kenderaan MAS 2025

Laluan Pandu Uji Motosikal MAS 2025

Laluan Off-Road 4x4 MAS 2025

Menangi Hadiah Menarik Termasuk Sebuah Kereta Baharu

Tiket MAS 2025 turut melayakkan pengunjung menyertai cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah, termasuk sebuah kenderaan baharu. Hadiah tambahan juga disediakan bagi mereka yang menyertai pandu uji atau membuat tempahan kenderaan sepanjang pameran.

Tempah Tiket Serendah RM20

Orang ramai boleh membeli tiket secara dalam talian menerusi laman web rasmi pameran di autoshow.my, dengan harga bermula dari RM20.

Untuk maklumat lanjut dan jadual lengkap acara, ikuti perkembangan terkini di laman rasmi Facebook, Instagram dan TikTok rasmi MAS 2025.

image is not available