APAD Dilaporkan Keluar Notis Pembatalan Terhadap InDrive – Diberi Tempoh Tiga Bulan Untuk Pulangkan Lesen Perniagaan Pengantaraan

TechnologyDigital
3 May 2025 • 7:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat) kini dilaporkan telah memberikan notis kepada perkhidmatan seru-pandu InDrive, meminta mereka memulangkan lesen perniagaan pengantaraan dalam tempoh tiga bulan, selepas syarikat seru-pandu berkenaan gagal mematuhi peraturan.

Notis penuh dan peraturan yang terlibat tidak dinyatakan buat masa ini. Namun, pihak InDrive telah mengeluarkan kenyataan susulan berkenaan perkara ini.

InDrive mengatakan mereka sedang berbincang bersama pihak berkuasa untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan notis pembatalan oleh APAD ini. InDrive mengatakan mereka telah mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan mereka di Malaysia.

InDrive menawarkan konsep pengguna boleh membida harga dan berbincang dengan pemandu, sebelum melakukan tempahan akhir. Ini sekaligus memberikan lebih kebebasan kepada pemandu dan juga penumpang.

InDrive menekankan mereka komited dalam memastikan penyediaan perkhidmatan yang selamat, boleh dipercayai dan boleh diakses pengguna Malaysia setiap hari.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved