Seorang remaja lelaki, Azri Fahmi Bahiudin Zaiful Afindi, 14, dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang ketika sedang melakukan aktiviti memancing bersama dua rakannya di Kampung Jerantut Feri, pada Sabtu lalu.
Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata kejadian itu berlaku ketika mangsa bersama dua rakannya sedang berada di rumah rakit sebelum terjatuh dan dihanyutkan oleh arus deras.
Azri Fahmi dilaporkan tergelincir ketika cuba naik ke rumah rakit di tepi Sungai Pahang, kira-kira jam 5 petang, Sabtu lalu.
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 5.07 petang dan segera menghantar lapan anggota bersama dua jentera serta bot aluminium untuk mencari mangsa.
Pasukan penyelamat melakukan pencarian di permukaan air sejauh 1.5 kilometer dan dibantu oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bukit Angin, Temerloh. Mayat Azri kemudian ditemui pada jam 7.45 pagi hari berikutnya, kira-kira 900 meter dari tempat dia terjatuh.
Rakan sekelasnya, Aidil Hakim Muhammad Shaiful, berkongsi bahawa sebelum kejadian, Azri sempat memohon maaf kepada rakan-rakan sekelasnya melalui WhatsApp pada malam Jumaat.
Azri juga menulis di akaun TikToknya, “Hmmm kenapa sejak dua hari ni rasa macam di ketepikan + tak sedap hati, apakah aku perlu siap untuk di baringkan depan imam?” ungkapan itu menambah rasa hairan di kalangan rakan-rakan sekelasnya.
Sumber: Harian Metro
The post ‘Apakah aku perlu siap untuk dibaringkan depan imam?’ – Ungkapan terakhir remaja sebelum lemas appeared first on The Reporter.



