Apakah Barang Yang Selalu Penumpang Tinggal Di Dalam E-Hailing?

30 Aug 2022 • 9:44 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

E-hailing sudah menjadi kegunaan dalam kehidupan harian sebagai salah satu perkhidmatan pengangkutan. Bukan hanya menghantar pelanggan ke destinasi pada hujung minggu atau sebagai pilihan kedua sekiranya tidak mempunyai kereta sendiri malahan ada yang menggunakan khidmat ini sebagai pengangkutan utama mereka. Ada sesetengah penumpang menggunakan e-hailing seperti Maxim Malaysia sebagai alternatif untuk mengejar masa untuk kedestinasi.

Kesibukan mengejar masa membuatkan penumpang tercicir barang di dalam kereta e-hailing yang dinaiki dan Maxim Malaysia telah membuat analisis beberapa barang yang selalu tertinggal. Kebanyakan barang yang tertinggal merupakan barang peribadi seperti telefon bimbit, kad, kunci, dompet, topi, fail dan pelbagai lagi. Ini kerana penumpang tergesa-gesa mengejar masa dan tidak semak selepas mereka turun dari kereta.

Penumpang juga boleh menghubungi pemandu itu sendiri melalui aplikasi Maxim, bagi memudahkan penyerahan barang yang tertinggal.

Maxim Malaysia menitik beratkan isu ini dan mengambil inisiatif dengan memberi peluang kepada penumpang untuk menghubungi kami di talian atau datang ke pejabat berhampiran. Maxim akan membantu dengan menghubungi semula pemandu dan cuba sebaik mungkin mendapatkan kembali barang yang tertinggal.

Sehubungan dengan itu, Maxim Malaysia juga ingin berkongsi beberapa petua untuk penumpang di luar sana supaya tidak tertinggal barang. Berikut adalah petua:

  1. Pastikan anda menyemak kereta selepas sampai ke destinasi sebelum membenarkan pemandu pergi
  2. Semak barang peribadi dan berharga anda sebelum menaiki kenderaan dan selepas turun

Penumpang yang meninggalkan barang di dalam e-hailing harus peka mengenai barang yang tertinggal ini kerana ianya dapat membantu pihak e-hailing untuk mengenal pasti dengan lebih baik.

Anda boleh membuat tempahan dengan cara yang mudah: melalui aplikasi Maxim atau di laman sesawang taximaxim.com/my/.