Apakah Itu UEC – Adakah Ia Diiktiraf? Ini Penjelasan Sebenarnya

LocalPolitics
15 May 2026 • 1:20 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

UEC adakah diiktiraf di Malaysia? Persoalan ini sering menjadi topik perbincangan kerana melibatkan peluang melanjutkan pelajaran, peluang pekerjaan serta dasar pendidikan negara.

Ada yang menganggap UEC setaraf dengan sijil lain, manakala ada juga yang masih keliru tentang status pengiktirafannya dalam sektor awam dan institusi pengajian tinggi.

Artikel ini akan menjelaskan secara lengkap tentang maksud UEC, status pengiktirafannya di Malaysia, syarat kemasukan ke universiti serta fakta penting yang perlu diketahui oleh pelajar dan ibu bapa.

Apa itu UEC?

UEC adalah singkatan nama kepada Unified Examination Certificate atau Sijil Peperiksaan Bersepadu. Ia dijalankan di Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina di Malaysia.

UEC bukan peperiksaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebaliknya berada dalam ekosistem pendidikan alternatif yang telah wujud sejak puluhan tahun lalu.

Objektif UEC

Objektif utama penubuhan UEC oleh Persekutuan  Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong)

  1. Untuk menyeragamkan pentaksiran pencapaian akademik bagi setiap Sekolah Menengah Persendirian Cina;
  2. Mewujudkan keadaan yang baik bagi pelajar lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina melanjutkan pelajaran dan mendapatkan peluang pekerjaan yang baik;
  3. Sebagai bukti pencapaian akademik bagi memohon kemasukan universiti tempatan dan institusi pengajian tinggi luar negara
  4. Bukti pencapaian akademik bagi memohon kerja di pasaran

Beza UEC dan SPM

Berikut adalah perbezaan antara UEC dan SPM yang mudah untuk anda faham:

Ciri-CiriUECSPM
Sistem & AliranDigunakan di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), sering menggunakan rujukan silibus luar.Sistem peperiksaan kebangsaan wajib bagi semua pelajar sekolah kerajaan/bantuan kerajaan.
PengiktirafanDiiktiraf oleh banyak universiti antarabangsa dan universiti swasta, namun tidak diterima untuk kemasukan ke IPTA (Universiti Awam) Malaysia secara umum.Sijil standard tertinggi untuk lepasan sekolah menengah di Malaysia, wajib untuk jawatan kerajaan dan ke IPTA.
Bahasa PengantarBahasa Cina sebagai bahasa utama.Bahasa Melayu sebagai bahasa utama.

Laluan Kemasukan Pelajar di Luar Sistem Pendidikan Kebangsaan

Isu tentang UEC menjadi viral setelah sesetengah orang mendakwa UEC telah diiktiraf di Malaysia. Namun hakikatnya, UEC hanya dipertimbangkan untuk beberapa jenis program Sarjana Muda sekiranya mereka juga mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

UEC Tidak Diiktiraf Secara Menyeluruh di IPTA

Berdasarkan kenyataan media Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bertarikh 14 Mei 2026, lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) atau UEC tidak diberikan pengiktirafan secara menyeluruh untuk memasuki semua program di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

Sebaliknya, kemasukan mereka hanya dipertimbangkan bagi beberapa program tertentu yang telah dikenal pasti oleh pihak kerajaan dan universiti.

Bahasa Melayu dan Sejarah Jadi Syarat Penting

KPT menjelaskan bahawa calon lepasan UEC yang ingin memohon ke IPTA perlu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) penuh terlebih dahulu.

Ini termasuk lulus mata pelajaran wajib seperti Bahasa Melayu dan Sejarah yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Tanpa syarat tersebut, permohonan mereka tidak boleh dipertimbangkan melalui sistem UPUOnline.

Antara Kursus yang Boleh Dipohon Lepasan UEC

Selain itu, peluang kemasukan untuk lepasan UEC juga terhad kepada bidang tertentu sahaja, terutamanya program berkaitan bahasa dan pengajian Cina. Antara program yang disenaraikan termasuk:

  • Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Cina
  • Sarjana Muda Sastera Pengajian Cina
  • Sarjana Muda Bahasa Cina dengan Pendidikan

Permohonan Tertakluk Kepada Merit dan Syarat Universiti

KPT turut menegaskan bahawa semua permohonan masih tertakluk kepada syarat khas universiti, kelayakan akademik dan proses meritokrasi yang ditetapkan oleh Senat Universiti.

Ini bermaksud memiliki UEC sahaja tidak menjamin kemasukan ke IPTA kerana calon tetap perlu memenuhi syarat tambahan yang ditetapkan oleh institusi pengajian tinggi terbabit.

UEC
UEC
Kredit: Buletin TV3

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan dengan pendidikan tinggi negara, anda boleh rujuk pada pautan rasmi berikut:

Soalan Lazim Tentang UEC

Soalan Lazim tentang UEC anda boleh rujuk di sini.

Apa itu UEC?

UEC atau Unified Examination Certificate ialah sijil peperiksaan yang digunakan oleh pelajar di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) di Malaysia.

Adakah UEC diiktiraf di Malaysia?

UEC tidak diiktiraf secara menyeluruh dalam sektor awam Malaysia. Namun, sijil ini diterima oleh banyak universiti swasta dan institusi luar negara.

Bolehkah lepasan UEC masuk ke IPTA?

Boleh, tetapi hanya untuk beberapa program tertentu dan calon perlu memenuhi syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta universiti.

Adakah lepasan UEC perlu memiliki SPM?

Ya. Berdasarkan kenyataan KPT, calon lepasan UEC perlu mempunyai SPM penuh termasuk lulus Bahasa Melayu dan Sejarah.

Adakah semua kursus IPTA menerima lepasan UEC?

Tidak. Lepasan UEC hanya dipertimbangkan untuk beberapa program tertentu seperti Pengajian Bahasa Cina dan Linguistik Cina.

Adakah UEC setaraf dengan SPM?

UEC dan SPM merupakan sistem peperiksaan yang berbeza. SPM ialah peperiksaan kebangsaan Malaysia manakala UEC digunakan oleh sekolah menengah persendirian Cina.

Kenapa isu UEC sering diperdebatkan?

Isu UEC sering diperdebatkan kerana melibatkan sistem pendidikan negara, penggunaan bahasa kebangsaan dan pengiktirafan dalam sektor awam.

Adakah memiliki UEC sahaja mencukupi untuk masuk IPTA?

Tidak semestinya. Calon masih perlu memenuhi syarat akademik, syarat khas universiti dan proses meritokrasi yang ditetapkan.

Baca juga: Senarai Bantuan Masuk IPT Setiap Negeri (2026)

View Original Article