
Anda Selalu Dengar Premier Abang Jo Sebut ‘Ketek’? Ini Maksud Sebenarnya
Apakah Sebenarnya Maksud Istilah ‘Ketek’ Yang Dipopularkan Oleh Premier Abang Jo? Jika anda mengikuti perkembangan di Sarawak atau sering mendengar ucapan Premier kita yang disayangi, Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg (atau lebih dikenali sebagai Abang Jo), pasti anda pernah terdengar perkataan “Ketek”, bukan?
Bunyi perkataan ini agak unik, dan mungkin ada yang tertanya-tanya – “Apakah sebenarnya maksud ‘Ketek’ ini?” Jangan risau, ia langsung tiada kaitan dengan ketiak atau perkara-perkara yang pelik. Jadi, mari kita rungkaikan makna sebenar di sebalik istilah “Ketek” yang kerap disebut oleh Abang Jo ini!

Ungkapan “ketek ajak” juga digemari rakyat Sarawak
Seperti yang dijelaskan sendiri oleh Premier Abang Jo, ungkapan “Ketek Ajak” berakar umbi daripada perkataan “Ketik”, yang merujuk kepada aksi menaip atau menekan pada peranti digital. Perkataan “Ajak” dalam dialek Melayu Sarawak bermaksud “sahaja” atau “hanya”. Jadi, “Ketek Ajak” membawa maksud “Hanya Tekan/Taip Sahaja”.
Frasa ini dipopularkan oleh Abang Jo untuk menyerlahkan bagaimana digitalisasi menjadikan pelbagai urusan lebih mudah dan pantas, seolah-olah semuanya boleh diselesaikan “di hujung jari”.
Selain “Ketek Ajak”, Abang Jo juga dikenali kerana mempopularkan istilah “Sik Berasa” (Tidak Terasa).
Baca juga cerita menarik di bawah:
