“Apalah Buat Macam Ni” – Buat Prank Lumur Kek Pada Muka Orang Awam, TikTokers Teruk Dikecam Netizen

Entertainment
10 Dec 2022 • 12:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Budaya prank diliihat semakin menjadi-jadi dalam kalangan pempengaruh yang dilihat mahu menggunakan konten seperti itu sebagai cara untuk mendapat viewers yang ramai di platform seperti YouTube dan TikTok.

Terbaru, seorang TikToker yang langsung tak dikenali mendapat cemuhan netizen selepas dia memuat naik video melakukan satu prank terhadap orang awam.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat TikTokers tersebut membawa sebiji kek di sebuah taman sambil mencari ‘mangsa’nya.

Dia kemudiannya melumurkan kek tersebut ke muka seorang wanita yang sedang duduk berehat selepas menolak anaknya yang berada di kerusi roda.

Netizen kecam tindakan TikTokers itu

Dapat dilihat raut wajah wanita tersebut berubah dan menjadi tertanya-tanya selepas diperlakukan sebegitu rupa.

Di Facebook, rata-rata netizen menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap tindakan TikTokers itu yang melakukan konten prank sebegitu rupa ke atas orang awam.

image is not available

image is not available

image is not available

Dah nak hujung tahun 2022 dah, kurangkanlah konten prank yang entah apa-apa macam ni.

Kredit: TikTok Daing Ellando | Facebook Ottoman Ibn Othman

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

View Original Article