“Apasal Murah Sangat?” – Ramai Terkejut, 10 Ringgit Brunei Boleh Beli Macam-macam Di Bazar Ramadan [Video]

19 Mar 2024 • 2:54 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Bazar Ramadan merupakan antara penyeri di bulan yang mulia ini bagi umat Islam kerana dapat berjalan-jalan mencari juadah untuk berbuka puasa dengan pelbagai pilihan yang ada.

Namun, kenaikan harga makanan oleh segelintir peniaga pada baru-baru ini sedikit sebanyak telah menjejaskan keterujaan orang ramai untuk ke bazar Ramadan.

Bayangkan jika anda hanya ada RM20, apa sahaja barang yang boleh dibeli kalau kebanyakan juadah berharga sekitar belasan ringgit.

Tular wanita dedah 10 ringgit Brunei dapat beli macam-macam ni bazar Ramadan

Bagaimanapun, berbeza pula situasinya di Brunei apabila tular di media sosial video seorang wanita menunjukkan pelbagai makanan dan minuman dapat dibelinya di bazar Ramadan dengan bermodalkan B$10 (Kira-kira RM35).

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @balkisoroku, difahamkan wanita yang dikenali sebagai Balkis itu berkunjung ke bazar Ramadan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah bersama rakannya.

“Macam mana suasana bazar dan apa boleh dapat dengan 10 dan 20 ringgit Brunei?” tulisnya di ruangan kapsyen.

Kebanyakan makanan dan minuman berharga bawah 5 ringgit Brunei

Apa yang mengejutkan, kebanyakan harga makanan dan minuman yang dijual di bazar terbabit hanya sekitar bawah 5 ringgit Brunei sahaja.

Dengan hanya Brunei $10, Balkis dapat membeli juadah berbuka lengkap seperti Nasi Katok (B$3), Bubur (B$1), Air Cawan Besar (B$2) dan macam-macam lagi.

Malah rakannya pula yang membelanjakan 20 ringgit Brunei dapat membeli juadah berbuka sekali dengan sahur pada keesokan harinya.

@balkisoroku

Macam mana suasana bazar dan apa boleh dapat dengan 10 dan 20 ringgit Brunei? #bazar #brunei #ramadan

♬ I Love Ramadan – Ramol

Netizen terkejut tengok harga makanan di bazar Ramadan Brunei murah-murah

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial dari Malaysia turut tergamam melihat harga-harga makanan dan minuman yang murah dijual di bazar terbabit.

Pun begitu, ada juga netizen yang berpandangan bahawa perkara tersebut merupakan suatu yang biasa memandangkan mata wang Brunei lebih tinggi berbanding ringgit Malaysia.

Namun harus diingatkan, gaji kasar di Brunei kebiasaannya bermula di antara B$600 hingga B$3,000.

image is not available

image is not available

image is not available

Source: