Apasal Tak Memasal 'Provoke' Orang Ni?

8 Jun 2024 • 9:55 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Penunggang motosikal yang dikatakan gemar melakukan provokasi terhadap pemandu lain - Gambar TikTok

Seorang penunggang motosikal dikesan gemar melakukan provokasi terhadap pengguna jalan raya lain, termasuk dengan cara mengekori mereka dan membunyikan hon.

Difahamkan, penunggang motosikal itu juga tidak teragak-agak menghampiri mana-mana pemandu dan memarahi mereka menggunakan kata-kata kesat.

Terbaru, seorang pemandu menjadi 'mangsa' seterusnya, selepas dia membunyikan hon kerana penunggang motosikal terbabit menghalang laluan.

Menerusi video yang tular di media sosial, penunggang motosikal itu bukan sahaja membunyikan hon panjang, malah turut menghampiri mangsa sebelum menghamburkan kata-kata kesat.

Kejadian dikatakan berlaku di Taman Rekreasi Serindit, Melaka. - Getaran, 8 Jun 2024

@getaranmy Lokasi di sekitar Taman Rekreasi Serindit, Melaka. Menurut owner dashcam, penunggang motosikal ini sering membuat provokasi terhadap pemandu di kawasan itu. #getaranmy #viral ♬ original sound - Getaran

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved