Apex Security beri saranan 'langgan' terhadap Go Hub Capital, TP 49 sen sesaham
azan
18/06/2024 - 15:48
KUALA LUMPUR 18 Jun - Apex Security memberikan saranan 'langgan' terhadap Go Hub Capital Berhad yang akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 3 Julai 2024 dengan harga sasaran (TP) 49 sen sesaham.
Saranan itu adalah berdasarkan pendapatan sesaham (EPS) teras FY25 sebanyak 2.72 sen kepada pendapatan (PE) sebanyak 18x, membawa kepada niai wajar sebanyak 49 sen, peningkatan 40% daripada harga tawaran awam permulaan (IPO).
Firma penyelidikan itu berkata, sasaran PE yang ditetapkan adalah hampir dengan purata syarikat penyedia rumusan IT yang tersenarai di Bursa Malaysia.
"Kami optimis terhadap kumpulan itu kerana pendapatan berulangnya yang teguh, yang memastikan pertumbuhan yang stabil dan mengurangkan risiko semasa kemelesetan ekonomi.
"Selain itu, peluang pasaran yang luas membolehkan kumpulan itu memanfaatkan teknologi dan kepakaran semasa bagi mendapatkan lebih ramai pelanggan dan mengembangkan asas pendapatan berulangnya," katanya dalam atu nota kajian, hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Go Hub dijangka kumpul modal RM37.51 juta daripada IPO Pasaran ACE Bursa Malaysia
Apex Security berkata, pengurusan Gohub memperkenalkan rangka tindakan untuk Sistem Operasi Terminal (TOS) bagi menampung operasi terminal dan bas henti-henti selepas memerhatikan kelemahan dan ketidakcekapan operasi yang wujud dalam operasi terminal bas.
"Gohub mengembangkan perkhidmatan untuk memasukkan Sistem Operasi Bas (BOS), sistem penyelenggaraan dan pengurusan untuk terminal, dan sistem Kutipan Tambang Automatik (AFC).
"Selepas beberapa tahun, kumpulan itu berjaya mendapatkan pelanggan untuk rumusan TOS di tujuh terminal bas, pelanggan kereta api termasuk KTMB, dan penyelesaian BOS mereka untuk 26 peringkat pengusaha bas," katanya.
Penyenaraian Go Hub melibatkan terbitan awam 107.18 juta saham biasa baharu dengan 20 juta saham IPO disediakan untuk permohonan oleh orang ramai Malaysia.
Sebanyak 12 juta saham IPO pua dikhaskan untuk permohonan oleh pengarah dan pekerja yang layak serta orang yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan manakala 75.18 juta saham IPO disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur institusi dan/atau terpilih yang dikenal pasti.
Gohub menyasarkan untuk mengumpul RM37.51 juta daripada IPO. - DagangNews.com

