Api Marak & Asap Hitam Tebal, Bangunan Pejabat Tinggi Lebih 200 Meter Dilapor Terbakar Di China

16 Sep 2022 • 6:57 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Api Marak & Asap Hitam Tebal, Bangunan Pejabat Tinggi Lebih 200 Meter Dilapor Terbakar Di China

Sebuah bangunan pejabat dilapor terbakar di Changsa, China, dengan api kelihatan menjulang-julang dari luar, dalam kejadian yang berlaku petang Jumaat, hari ini (waktu tempatan).

Kebakaran di menara dengan ketinggian lebih 200 meter itu dilapor melibatkan berdozen-dozen ruang pejabat menyebabkan asap tebal berkepul-kepul naik ke langit, lapor media tempatan CCTV.

Susulan kebakaran itu, pasukan bomba tempatan telah mengerahkan sebanyak 36 jentera dan 280 anggota untuk memadamkan api tersebut. Menurut jurucakap bomba, api sudah pun berjaya dipadam dan tiada kecederaan atau mangsa terkorban dilaporkan.

Sebuah video yang merakam kejadian berkenaan turut menjadi tular di media sosial. Menerusi video berkenaan, dapat dilihat api marak keluar melalui sisi-sisi bangunan dengan asap hitam pekat memenuhi kawasan tersebut.

Siasatan awal bomba mendapati kebakaran tercetus di bahagian luar tingkat 42 bangunan tersebut. Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dikongsikan berhubung punca kebakaran tersebut tercetus.

Sumber: CNA