“Api Marak Sampai Pecah Atap” – Rumah Terbakar Gara-Gara Powerbank Meletup Sambar Langsir

LocalTechnology
23 Sep 2024 • 11:35 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
powerbank

Seorang pempengaruh media sosial kerugian puluhan ribu ringgit selepas rumah yang didiami terbakar. Difahamkan, kebakaran berpunca daripada powerbank yang meletup dan terus menyambar langsir.

Pempengaruh dikenali sebagai @amadzahry menceritakan detik cemas kejadian menerusi beberapa perkongsian di TikTok.

Amad berkata, dia tidak sempat membasahkan kain untuk memadam api kerana asap hitam sudah memenuhi ruang bilik.

Ketika itu, dia hanya sempat menyelamatkan telefon untuk menghubungi bomba. Nasib baiklah pasukan bomba sampai dengan kadar segera.

Dengan penuh rasa sedih, Amad hanya mampu melihat satu-satunya rumah yang ada dan studio tempat mencari rezeki hangus dijilat api.

Menurut Amad, powerbank yang meletup itu bukan sedang dicas atau digunakan. Powerbank juga dalam keadaan baik tidak gelembung.

image is not available

Pempengaruh yang sering membuat review gadjet ini menganggarkan kerugian hampir RM20,000 untuk barang elektronik sahaja.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @amadzahry


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved