'Api memang panas tapi anda semua penyejuknya' - Abang bomba

31 Aug 2023 • 3:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Aksi anggota bomba menyertai perarakan di Dataran Putrajaya membawa sepanduk pick-up line tertera ayat 'Api memang panas tapi anda semua penyejuknya'. - Foto tular media sosial

SHAH ALAM - Setiap kali tiba sambutan Hari Kebangsaan, perarakan badan beruniform adalah acara paling dinanti-nanti oleh orang ramai yang sama-sama memeriahkan hari bersejarah itu.

Pelbagai acara ditampilkan melalui perarakan tersebut antaranya perbarisan, persembahan formasi, pertunjukan band dan sebagainya namun yang paling menarik perhatian adalah kemunculan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Seperti tahun lepas, mereka merupakan pasukan yang paling mencuri tumpuan penonton dan mendapat sorakan gemuruh daripada pengunjung apabila menampilkan anggota bomba bertubuh sado.

Lebih mengujakan pada tahun ini, aksi anggota bomba menyertai perarakan di Dataran Putrajaya membawa sepanduk pick-up line tertera ayat 'Api memang panas tapi anda semua penyejuknya'.

Turut kelihatan sepanduk yang ditulis perkataan 'Abang bomba love you' sekali gus menimbulkan keterujaan dalam kalangan penonton.

Bukan itu sahaja, seorang anggota bomba turut memegang satu lagi sepanduk tertera ayat 'Sayang kamu ketat-ketat' ketika berada di atas trak semasa perarakan itu berlangsung.

Lebih 100,000 pengunjung hadir menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2023 anjuran sulung Kerajaan Perpaduan di Dataran Putrajaya di sini pada Khamis.

Bertemakan "Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”, sambutan melibatkan 17,262 peserta, 67 kontinjen, 36 kumpulan pancaragam, 534 aset darat dan aset udara serta 100 ekor haiwan dalam perkhidmatan.

Perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini terdiri daripada Kontinjen Kenegaraan, Perpaduan Malaysia Madani, Ekonomi, Perbankan, Telekomunikasi, Industri Kreatif dan Penyiaran, Sukan Negara, Kesejahteraan dan Keselamatan Negara.

ARTIKEL BERKAITAN: