Aplikasi Adobe Fill & Sign Akan Dihentikan

TechnologyDigital
16 Jan 2024 • 5:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Dalam dunia serba digital, dokumen PDF menjadi pengganti dokumen fizikal. Sejak bertugas di Amanz ratusan dokumen rahsia perlu diisi serta ditandatangani. Aplikasi Adobe Fill & Sign menjadi pilihan saya untuk tugas ini kerana ianya paling mudah digunakan. Tetapi semalam saya menerima emel daripada Adobe yang mengatakan Adobe Fill & Sign akan dihentikan.

image is not available

Tarikh bila sokongan aplikasi akan dihentikan dan dibuang daripada stor tidak pula dijelaskan dalam emel tersebut. Adobe sekadar menyarankan saya berpindah ke aplikasi Adobe Acrobat Reader untuk melakukan tugas yang sama. Adobe Fill & SIgn segeralah mencari alternatif kepada aplikasi ini sebelum ia ditamatkan secara mengejut.

View Original Article