Aplikasi Affinity Digabungkan Menjadi Satu dan Digunakan Secara Percuma

TechnologyDigital
31 Oct 2025 • 1:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Aplikasi kreatif Affinity kini telah digabungkan menjadi satu dengan ia kini juga boleh digunakan secara percuma selama-lamanya. Dengan ini tiga aplikasi berasingan Affinity Photo, Affinity Designer dan Affinity Publisher kini hanya dikenali sebagai Affinity sahaja. Pengguna masih boleh melakukan suntingan gambar, menghasilkan imej vektor dan melakukan reka letak menerusi satu aplikasi sahaja.

image is not available

Walaupun Affinity ialah aplikasi percuma, kesemua ciri yang ditawarkan menerusi Affinity Photo, Affinity Designer dan Affinity Publisher versi berbayar masih lagi boleh diakses tanpa sebarang halangan. Yang dihalang hanyalah akses kepada ciri kecerdasan buatan (AI) Canva AI Studio yang ditawarkan oleh pelan Canva premium. Aplikasi ini turut boleh format fail aplikasi lain dalam format PSD, AI, IDML dan DWG.

Affinity boleh dimuat turun untuk komputer Windows dan Mac hari ini. Versi iPad pula kini sedang dibangunkan.