Aplikasi Al-Inarah Diperkenalkan – Menghimpunkan Soal-Jawab Kemusykilan Agama Islam

TechnologyDigital
10 Nov 2023 • 12:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, mantan Mufti Wilayah Persekutuan, kini memperkenalkan sebuah aplikasi mudah-alih tersendiri, dinamakan sebagai Al-Inarah.

image is not available

Al-Inarah menghimpunkan soal-jawab kemusykilan agama Islam melaluinya yang  dikendalikan oleh beliau, dan sedia menghimpunkan lebih 4,000 artikel kemusykilan dibawah 75 kategori berbeza. Disamping itu, pelbagai artikel baharu juga akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma, dan pada masa yang sama memudahkan pengguna dalam melakukan carian menggunakannya. Disamping itu, aplikasi ini turut menyediakan akses kepada pelbagai ebuku percuma melibatkan agama dan kehidupan harian.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Al-Inarah ini secara percuma di Google Play Store hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved