Aplikasi Blackmagic Camera Dilancarkan Untuk iPhone

TechnologyDigital
15 Sep 2023 • 12:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

BlackMagic Design telah melancarkan aplikasi kamera khusus untuk iPhone iaitu Blackmagic Camera. Aplikasi kamera ini dibangunkan untuk terus digunakan bersama-sama dengan perisian suntingan video popular mereka DaVinci Resolve.

image is not available

Aplikasi kamera ini dikatakan membenarkan pengguna merakam video YouTube, TikTok dan lain-lain pada kualiti filem Hollywood kerana menyertakan kawalan dan teknologi pemprosesan imej sama dengan kamera profesional Blackmagic mereka.

image is not available

Bukan itu sahaja, aplikasi ini turut boleh mengubah mod rakaman kepada kadar bingkai berbeza. Selain turut menyertakan sokongan pemantauan tahap audio, kawalan lensa, keseimbangan putih, nisbah paparan, kawalan fokus dan banyak lagi.

image is not available

Memandang aplikasi ini untuk iPhone, rakaman 4K ProRes turut boleh dilakukan. Selepas rakaman, ia boleh terus dimuat naik ke Blackmagic Cloud dan boleh diakses dengan pantas pada DaVinci Resolve untuk memulakan suntingan. Menariknya, aplikasi ini adalah percuma untuk digunakan.