Aplikasi ChargEV 2.0 Lebih Mesra Pengguna – Kini Sedia Dimuat Turun

LocalTechnology
28 Jul 2026 • 11:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Aplikasi ChargEV 2.0 Lebih Mesra Pengguna – Kini Sedia Dimuat Turun

Sejak pengambilalihan pada tahun 2022, Yinson Greentech telah mencatat lebih daripada 1 juta sesi pengecasan melalui aplikasi mudah alih ChargEV sekaligus mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju dalam ekosistem kenderaan elektrik di Malaysia. Susulan kejayaan tersebut, Yinson Greentech kini memperkenalkan ChargEV 2.0 iaitu versi baharu yang direka untuk menawarkan pengalaman pengecasan yang lebih mudah digunakan.

Image from: Aplikasi ChargEV 2.0 Lebih Mesra Pengguna – Kini Sedia Dimuat Turun

Antara ciri baharu yang diperkenalkan dalam ChargEV2.0 ialah antaramuka yang lebih ringkas serta mesra pengguna di mana direka khusus untuk memudahkan navigasi dan mempercepatkan proses pengecasan. Fungsi One‑Click Charging membolehkan pengguna memulakan pengecasan dengan hanya satu sentuhan, manakala kemudahan AutoCharge menyokong konsep Plug & Charge bagi memberikan pengalaman yang lebih lancar tanpa perlu melalui langkah tambahan.

Image from: Aplikasi ChargEV 2.0 Lebih Mesra Pengguna – Kini Sedia Dimuat Turun

Selain itu, peta pintar dipertingkatkan dengan tindak balas lebih pantas, penuras yang lebih terperinci dan kawalan yang disusun semula sekali gus memudahkan pengguna mencari lokasi pengecasan dengan lebih efisien. Fungsi pemantauan secara langsung turut membolehkan pengguna mengetahui status pengecasan dan kedudukan stesen dengan lebih tepat sekaligus menjadikan pengalaman penggunaan lebih lancar.

Image from: Aplikasi ChargEV 2.0 Lebih Mesra Pengguna – Kini Sedia Dimuat Turun

Lebih daripada itu, ChargEV 2.0 hadir dengan sistem perancangan perjalanan lebih canggih yang membolehkan pengguna merancang laluan dengan mengambil kira lokasi pengecasan, masa perjalanan dan keperluan tenaga kenderaan elektrik. Aplikasi ChargEV 2.0 kini boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play bermula hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved