Aplikasi ChatGPT versi Android akan tiba hujung Julai 2023, pendaftaran minat kini dibuka

TechnologyDigital
23 Jul 2023 • 3:38 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Anda sedia maklum yang aplikasi rasmi telefon pintar ChatGPT untuk platform iPhone dan iPad sudahpun dilancarkan beberapa bulan yang lalu. Kali ini, tibalah giliran pengguna Android menikmatinya. OpenAI mengumumkan hal tersebut dalam cicipan di Twitter rasmi mereka.

Rentetan daripada perkara itu, sesi pendaftaran minat sudahpun dibuka dan anda boleh lakukannya di Play Store telefon anda sekarang.

image is not available

Aplikasi ChatGPT di platform iOS telah menerima 10 kemas kini dan beberapa daripadanya adalah kemas kini yang signifikan. Misalnya, awal Jun 2023 lalu, aplikasi itu telah diintegrasikan dengan Siri dan Shortcuts. Ia bermakna, pengguna boleh berinteraksi terus dengan ChatGPT terus melalui arahan suara Siri ataupun menetapkan makro menerusi Shortcut.

Tidaklah diketahui sama ada integrasi yang sama bakal dibawakan kepada Google Assistant.

Bacaan berkaitan