Aplikasi Facebook Watch Untuk Apple TV Ditamatkan

TechnologyDigital
26 Jun 2022 • 9:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Facebook kini dilihat sedang menyusun kembali strategi produk mereka, dan terbaru, ia dilihat Facebook telah menamatkan sokongan aplikasi Facebook Watch untuk Apple TV. Dengan penamatan ini, pengguna aplikasi tersebut tidak lagi boleh menonton video menggunakan aplikasi pada Apple TV.

Melalui aplikasi Facebook Watch sebelum ini, para pengguna boleh menonton sejumlah video terus pada kaca televisyen dengan mudah. Ia telah diperkenalkan pada 2017 lepas, ketika Facebook memfokuskan arena video – dimana pelbagai penerbit kandungan menerbitkan video secara eksklusif pada platform tersebut.

Buat masa ini, hanya aplikasi Facebook Watch untuk Apple TV sahaja ditamatkan dan tidak boleh digunakan lagi. Aplikasi Facebook Watch untuk televisyen pintar lain masih berfungsi seperti biasa.