Aplikasi Google AI Edge Eloquent Menggilap Transkripsi Audio Menjadi Lebih Kemas

TechnologyDigital
7 Apr 2026 • 3:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Saya sudah menggunakan aplikasi Samsung Recorder dan Google Recorder untuk merakam temu ramah semasa melalukan tugasan luar. Ianya bagus tetapi ciri transkripsi kedua-dua aplikasi terlalu harfiah dengan setiap “umm” dan “ahh” dalam temu ramah turut akan dimasukkan dalam transkrip.

image is not available

Hari ini aplikasi Google AI Edge Eloquent telah dilancarkan dengan ia akan menggilap transkripsi yang dihasilkan untuk menjadi lebih kemas dan mudah dibaca. Kecerdasan buatan (AI) digunakan untuk menapis bahagian audio yang dirasakan tidak perlu ditukar menjadi transkripsi. Ia turut tidak memerlukan langganan untuk digunakan serta boleh digunakan tanpa had.

Selepas transkripsi digilap, pengguna boleh juga meminta supaya ia melakukan ringkasan, mengubah tona menjadi lebih formal atau memendekkan lagi teks. Walaupun dibangunkan oleh Google, AI Edge Eloquent hanya boleh dimuat turun pada peranti iOS sahaja pada waktu ini dengan versi Android dan macOS sedang dibangunkan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved