Aplikasi Google Gemini Bakal Tiba Buat Pengguna iPhone Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
11 Nov 2024 • 3:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Aplikasi Google Gemini menjadi semakin baik akan tetapi penggunaan lengkap chatbot AI generatif Google ini hanya terhad kepada peranti Android sahaja.

Pengguna iPhone perlu menggunakan aplikasi Google yang tidak mempunyai sokongan kepada Gemini Live.

image is not available

Namun, perkara ini akan berubah tidak lama lagi kerana aplikasi khas, Gemini untuk iPhone difahamkan sudah menghampiri.

Google turut memanfaatkan ciri Live Activities yang ada pada iOS untuk penggunaan yang lebih imersif dengan Gemini masih boleh dikawal pada kunci skrin.

Aplikasi ini turut memfokuskan kepada penggunaan Gemini Live yang tiada di dalam aplikasi Google.

Menurut Amanz, tidak pasti bila aplikasi ini akan dibuka kepada semua pengguna.

Apabila Gemini AI dilancarkan, ada pengguna yang tertanya-tanya sama ada ia boleh menggantikan Google Assistant. Perkara ini disahkan semasa Google I/O 2024 apabila sambungan Gemini Utilities diperkenalkan. Kini, Google telah mula melancarkan sambungan tersebut ke peranti Android.

Google akan melancarkan sambungan Gemini Utilities kepada pengguna Android secara beransur. Pada masa ini, sambungan ini hanya berfungsi untuk arahan dalam bahasa Inggeris, namun sokongan untuk bahasa lain dijangka akan ditambah kemudian.

Kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 20 hours ago

"Bayar Hak Pekerja Jangan Sibuk Buat Podcast" - Bubblebee Didenda RM17,500 Gara-Gara Tak Bayar Tunggakan Caruman Perkeso